PKR Sabah Goyah? Hampir 8,000 Ahli Keluar Parti Hari Ini

PKR Sabah Goyah? Hampir 8,000 Ahli Keluar Parti Hari Ini

0
SHARE

PUTATAN, SABAH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah kelihatan goyah apabila hampir 8,000 ahli parti itu dari seluruh daerah Sabah mengumumkan untuk keluar parti berkuat kuasa hari ini.

Kumpulan besar yang keluar parti ini dikatakan turut membabitkan mereka yang memegang jawatan tertinggi dalam parti termasuklah timbalan dan naib ketua PKR cabang, setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan ahli jawatan kuasa cabang daerah.

Menurut sumber, Datuk Nani Sakam (bekas Pengarah Tugas-Tugas Khas PKR Sabah) yang mengetuai kumpulan itu mengatakan bahawa mereka mengambil keputusan tersebut selepas hilang kepercayaan terhadap pimpinan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew.

Datuk Christina Liew…