PM India Tiba Di Malaysia Untuk Bertemu Tun M

PM India Tiba Di Malaysia Untuk Bertemu Tun M

0
SHARE
Narendra Modi...

SEPANG – Perdana Menteri India, Narendra Modi tiba di Malaysia hari ini untuk bertemu Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pesawat khas, penerbangan AI OO1 dari Indonesia, membawa Modi dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira 11 pagi.

Modi disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Ramlan Ibrahim. Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia Mridul Kumar.

Modi, yang dalam perjalanan ke Singapura, singgah sebentar di Malaysia untuk mengucapkan tahniah kepada Dr Mahathir berikutan kejayaan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas.

Modi dijadualkan bertemu Dr Mahathir di Putrajaya.

Ini merupakan lawatan kedua Modi ke Malaysia, yang pertama ialah pada 23 Nov 2015.

Pada Selasa, Modi tiba di ibu negara Indonesia sempena lawatan tiga negara ke Asia Timur, untuk terus meningkatkan Akta Dasar Timur India.

Menurut Kementerian Luar Negeri India, Modi mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia (dari 29 hingga 31 Mei) dan Singapura (31 Mei hingga 2 Jun) bagi memenuhi undangan Presiden Indonesia Joko Widodo dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

– BERNAMA