PNB Umum Dividen ASB 7.00 Sen Seunit & ASN 3.25 Sen Seunit

PNB Umum Dividen ASB 7.00 Sen Seunit & ASN 3.25 Sen Seunit

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Bhd. mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, pembayaran berkenaan merangkumi jumlah pembayaran pengagihan dividen sebanyak 7.00 sen seunit.

Menurut Zeti Aziz, ini merupakan pencapaian tersebut mencerminkan prestasi kewangan PNB yang kukuh pada tahun ini di sebalik pasaran global dan domestik yang tidak menentu.

ASNB juga turut mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.25 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Agihan pendapatan itu mewakili hasil dividen sebanyak 5.1 peratus berdasarkan Nilai Aset Bersih dana berkenaan setakat 20 Disember 2018.

Jumlah anggaran pengagihan pendapatan sebanyak RM59.7 juta akan memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta pemegang unit dengan lebih 1.8 billion unit dalam dana.

Ini menunjukkan ASN berjaya merekodkan pendapatan bersih sebanyak RM64 juta bagi 11 bulan pertama tahun kewangannya.