Polis Bantuan SESB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Bawah Tanah

Polis Bantuan SESB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Bawah Tanah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Tindakan pantas anggota Polis Bantuan SESB telah menggagalkan cubaan mencuri kabel milik SESB.

Menurut Pengurus Besar (Komunikasi Korporat) SESB, Puan Chendramata Hj Sinteh,  kejadian berlaku berhampiran Kem Tentera Lok Kawi di sini pada petang Khamis.

Dalam kejadian itu, seorang suspek lelaki warga asing berusia 36 tahun ditahan oleh sepasukan Polis Bantuan SESB kerana dipercayai sedang cuba mencuri kabel elektrik bawah tanah berhampiran dengan kawasan pencawang SESB

Turut dijumpai di tempat kejadian adalah perkakasan yang dipercayai digunakan oleh suspek seperti gergaji besi untuk aktiviti tidak bertanggungjawab ini.

Suspek telahpun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sehubungan dengan itu, SESB memohon kerjasama orang awam sekiranya terlihat individu yang mencurigakan berada di dalam pencawang atau kawasan sekitar pepasangan SESB untuk menghubungi Polis Bantuan SESB ditalian  088-282 455.