Polis Indonesia Tangkap Seorang Pemimpin Agama Yang Menjual Dadah Kepada Pelajarnya

Polis Indonesia Tangkap Seorang Pemimpin Agama Yang Menjual Dadah Kepada Pelajarnya

0
SHARE
Sumber Foto: Kita Reporters...

MADURA, INDONESIA – Seorang pemimpin agama di Indonesia ditahan kepada menjual dadah jenis ‘methamphetamine’ kepada pelajar, dengan mendakwa ia halal dan dibenarkan di bawah undang-undang Islam.

Mengikut laporan Vice Indonesia/Vice kelmarin, Ahmad Marzuki dari Madura, di timur laut Jawa, menjual bahan itu kepada pelajarnya di sekolah asrama Islam.

Tambah Marzuki yang dipetik Philippine Daily Inquirer, dia sering menyatakan kepada pelajarnya bahawa bahan terlarang tersebut boleh meningkatkan kemampuan mereka (pelajar) untuk belajar dan membaca al-Quran.

Susulan dari kegiatannya itu, pihak berkuasa di Indonesia mula memburu Marzuki di mana dia juga turut disyaki sebagai pengguna dadah, tetapi dia berjaya mengelak ditahan polis selama dua bulan.

Walaupun menjadi buruan polis di Indonesia, pemimpin agama itu masih aktif mengajar di sekolah asrama Islam lain di bandar Surabaya dan Mojokerto.

Akhirnya, menurut sumber laporan berita tempatan jatim.suara.com, pihak berkuasa berjaya menangkap Marzuki pada 20 Januari lalu ketika dia menghadiri satu majlis pengebumian di Madura.

Marzuki ditemui pihak berkuasa di rumahnya bersama dua orang lagi, ketika menggunakan ‘methamphetamine’…

Polis turut menemui kuantiti kecil bahan itu dan peralatan dadah lain di rumah itu.

Pada sidang media selepas penahanannya, Marzuki memberitahu yang dia tahu ‘methamphetamine’ haram di bawah undang-undang Indonesia, namun ‘tiada bukti yang melarangnya dalam al-Quran’.

Marzuki akan dituduh di bawah Undang-Undang Narkotik Indonesia dan berdepan hukuman penjara 20 tahun serta denda 10 bilion Rupiah (RM2.9 juta).