Polis Peru Tahan Pemimpin Parti Pembangkang, Anak Alberto Fujimori

Polis Peru Tahan Pemimpin Parti Pembangkang, Anak Alberto Fujimori

0
SHARE
Sumber Foto; Reuters...

LIMA, PERU – Polis Peru menahan pemimpin parti pembangkang yang juga anak perempuan bekas presiden Alberto Fujimori atas dakwaan penggubahan wang haram membabitkan syarikat pembinaan gergasi Brazil, Odebrecht

AFP melaporkan bahawa Keiko Fujimori, 43, ditahan hari ini atas arahan pendakwa yang sedang menyiasat dakwaan sumbangan untuk kempen pilihan raya beliau pada 2011, kata peguamnya Giuliana Loza.

Pemimpin Angkatan Popular Force itu ditangkap selepas menyerahkan bukti kepada seorang hakim di pejabat pendakwa raya.

Menurut Loza, Keiko diletakkan di bawah tahanan pencegahan selama 10 hari, ia disifatkan penahanan tidak masuk akal dan satu penyalahgunaan kuasa.

Beliau ditahan seminggu selepas pengampunan terhadap jenayah kemanusiaan yang disabitkan ke atas bapanya dibatalkan.