Polis Sarawak Akan Laksana Ops Saman Tertunggak Di Sempadan Malaysia-Brunei

Polis Sarawak Akan Laksana Ops Saman Tertunggak Di Sempadan Malaysia-Brunei

0
SHARE

KUCHING, SARAWAK – Polis Sarawak akan melaksana Operasi Saman Tertunggak Warganegara  Asing di kawasan sempadan Malaysia-Brunei di Miri dan Limbang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt  Alexson Naga Chabu berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sejumlah 52,000 saman tertunggak belum dijelaskan bagi tempoh 10 tahun sejak tahun 2008.

“Tidak ada alasan untuk warga asing tidak menjelaskan saman, Polis menyediakan pelbagai kemudahan bagi mereka melunaskan saman kesalahan trafik…

“Op ini dilaksanakan bukan untuk menghukum pesalah trafik warga asing, tetapi bagi memberi kesedaran kepada mereka agar sentiasa berhati-hati dan menghormati undang-undang negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Alexson berkata, pesalah trafik warga asing diingatkan untuk segera menyelesaikan saman mereka yang tertunggak.

– BERNAMA