Polis Singapura Tahan 2 Lelaki Seludup Dadah Menggunakan Dron

Polis Singapura Tahan 2 Lelaki Seludup Dadah Menggunakan Dron

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

SINGAPURA – Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) memaklumkan kepada media bahawa dua (2) lelaki┬ádi negara itu telah┬áditahan kerana menggunakan dron untuk menyeludup dadah ke Singapura dari Malaysia.

Data penerbangan yang diambil dari telefon salah seorang suspek menunjukkan bahawa pesawat tanpa pemandu itu terbang dari Kranji ke Johor Bahru dan kembali lagi ke Kranji, kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan bersama di sini hari ini.

Pada kira-kira jam 5.45 petang 17 Jun, polis mengesan aktiviti pesawat tanpa pemandu yang luar biasa di sekitar Taman Takungan Kranji dan memerhatikan sebuah pesawat tanpa pemandu, dengan beg yang terpasang di atasnya, melayang di udara, kata kenyataan itu.

Polis kemudiannya menahan kedua-dua lelaki itu, berusia 29 dan 34 tahun, yang dipercayai pengendali dron terbabit.

Semasa pencarian berikutnya oleh pegawai CNB terhadap kereta milik salah seorang lelaki terbabit, terdapat juga pelbagai jenis ubat terkawal, katanya.

Dalam operasi susulan oleh CNB pada keesokan harinya, seorang wanita berusia 24 tahun dan seorang lelaki berusia 40 tahun, kedua-duanya warga Singapura, ditangkap.

“Siasatan sedang berjalan,” kata kenyataan itu yang dipetik Bernama, yang menambah bahawa lelaki berusia 29 dan 34 tahun itu masing-masing dituduh atas kesalahan pengedaran dadah terkawal Kelas A.

Sebanyak kira-kira 389 gram ‘Ice’, 8 gram heroin, 195 tablet ekstasi dan dua tablet Erimin-5, yang dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya S$44,000 (RM134,355), telah dirampas.