Polis Tahan 4 Pengedar Dadah Warganegara Indonesia Di Bintulu-Miri

Polis Tahan 4 Pengedar Dadah Warganegara Indonesia Di Bintulu-Miri

0
SHARE

MIRI, SARAWAK – Polis menahan empat pengedar dadah warganegara Indonesia dalam satu serbuan di perhentian bas berhampiran sebuah ladang kelapa sawit di KM138 Jalan Bintulu-Miri pukul 4 petang semalam.

Memetik kenyataan Ketua Polis Bintulu Supt Zailanni Amit kepada Bernama, beliau berkata dalam serbuan itu polis merampas dadah seberat 5.15gram dianggar bernilai RM3,000. Beliau berkata empat suspek lelaki berumur lingkungan 19 hingga 33 tahun itu disyaki mengedar dadah jenis syabu di Bintulu dengan tumpuan aktiviti penjualan dadah tersebut di kawasan sekitar ladang kelapa sawit sepanjang jalan Bintulu-Miri.

“Siasatan awal mendapati empat suspek itu berada di Bintulu selama setahun dan mengaku terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah syabu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zailanni berkata taktik pembelian dadah digunakan dengan pembayaran dibuat melalui kaedah deposit di bank dan dadah akan diletakkan di lokasi ditetapkan kemudian oleh pengedar.