Polis Tahan Penunjuk Perasaan Bantah Perintah Berkurung Di Jerman

Polis Tahan Penunjuk Perasaan Bantah Perintah Berkurung Di Jerman

0
SHARE
Sumber Foto: AFP...

BERLIN, JERMAN – Puluhan penunjuk perasaan ditahan polis Jerman selepas mereka menyertai perhimpunan di ibu negara ini bagi membantah perintah berkurung yang dikuatkuasakan kerajaan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Tunjuk perasaan tersebut dihadiri lebih kurang 1,000 orang itu berkumpul di jalanan yang dipercayai menjadi acara mingguan di ibu negara tersebut.

Tunjuk perasaan itu menarik perhatian terutama aktivis sayap kiri, penyokong sayap kanan serta anggota kumpulan lain.

Polis melakukan sekatan di sekitar Dataran Rosa Luxemburg, selepas perhimpunan tunjuk perasaan itu menarik perhatian polis terutamanya aktivis sayap kiri, penyokong sayap kanan serta anggota kumpulan lain.

Sumber Foto: AFP…

Dalam kenyataan dimuat naik di Twitter, polis meminta orang ramai bersurai berikutan tunjuk perasaan itu tidak sesuai dengan peraturan mencegah penularan wabak.

Tunjuk perasaan itu tidak dibenarkan kerana peraturan darurat di Berlin melarang perhimpunan lebih daripada 20 orang.

Sementara itu, laman web yang menganjurkan bantahan itu mengancam dan meminta ‘keadaan darurat dihentikan’.

Rakyat Jerman tidak berpuas hati dengan peraturan berkurung itu walaupun populariti Kanselor Angela Merkel begitu tinggi.

Beliau dipuji kerana mampu menguruskan krisis kesihatan itu yang mengorbankan 5,500 nyawa di Jerman jauh lebih rendah daripada angka kematian di Itali, Sepanyol, Perancis dan Britain yang melebihi 20,000 orang.