Presiden Filipina Mohon Maaf Atas Masalah Berkenaan Persiapan Sukan SEA

Presiden Filipina Mohon Maaf Atas Masalah Berkenaan Persiapan Sukan SEA

0
SHARE

CLARK, FILIPINA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memohon maaf dan berjanji menyiasat permasalahan persiapan pembukaan Sukan SEA, selepas insiden masalah logistik dan kerja-kerja pembinaan saat-saat akhir.

Rungutan mengenai pengangkutan, penginapan dan makanan semakin banyak, ketika ribuan atlit membanjiri Manila untuk edisi terbesar sukan itu.

Memetik laporan AFP, keadaan diburukkan lagi dengan ramalan satu taufan yang kian hampir ke utara FIlipina, minggu depan.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte…

“Saya amat memohon maaf bagi negara ini, mereka (wakil negara lain) patut tahu yang kerajaan kita tidak gembira…

“Kamu tidak boleh mengenepikan semua ketidakselesaan, penderitaan atlit yang tidur di lantai, lapar. Bagi negara yang menghantar mereka, ia masalah besar,” katanya.