Presiden Perancis Gesa Komuniti Muslim Tingkat Usaha Menentang Pengasingan Di Negara Tersebut

Presiden Perancis Gesa Komuniti Muslim Tingkat Usaha Menentang Pengasingan Di Negara Tersebut

0
SHARE
Emmanual Macron...

PARIS, PERANCIS – Presiden Perancis, Emmanual Macron menggesa komuniti Muslim negara itu supaya meningkatkan usaha menentang pengasingan, ketika beliau semakin retorik terhadap pelampau Islam, susulan serangan berdarah pengganas.

Beliau dilihat menunjukkan keseriusan membendung pelampau Islam di Perancis, susulan serangan seorang muallaf di ibu pejabat polis Paris, 3 Oktober lalu, yang menyebabkan empat kakitangan maut.

Macron yang dipetik AFP berkata bahawa beliau merancang untuk melakukannya bersama pemimpin Muslim dalam menangani semangat komuniti dan halangan di kalangan segelintir penduduk Muslim negara itu bercampur dengan masyarakat lain.

“Pastinya pengasingan berakar di beberapa lokasi negara kita dalam erti kata lain mereka tidak mahu hidup bersama dengan masyarakat lain Republik ini. Ia atas sebab agama iaitu Islam,” katanya.