PRK KIMANIS: Ahli Warisan Ancam Bunuh Dan Bakar Papa Gomo Sangat Melampau

PRK KIMANIS: Ahli Warisan Ancam Bunuh Dan Bakar Papa Gomo Sangat Melampau

0
SHARE

KIMANIS, SABAH – “Kami ingin ingatkan orang Warisan, ini bukannya Selatan Filipina sebaliknya ini adalah negeri Sabah dan mempunyai undang-undang, semua pihak perlu menghormatinya sekalipun Ketua Menteri Sabah dan Timbalan Menteri Dalam Negeri sebangsa dengan kamu,” demikian merujuk kepada kecaman orang ramai ketika diminta mengulas ancaman bunuh dan bakar ahli Warisan terhadap ‘Papa Gomo’ atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Sejak semalam seluruh rakyat Sabah dikejutkan dengan ugutan bunuh oleh ahli Parti Warisan yang dikenali sebagai ‘Raymond Well’.

Raymond telah memuat naik ancaman bunuh melalui Facebook┬áke atas Papa Gomo berserta foto iaitu “Bunuh dan bakar hidup-hidup, pastikan budak ini jangan terlepas dari airport KK, habiskan riwayat hidupnya di bumi Sabah.”

Netizen turut meminta agar pihak Polis mempastikan keselamatan Papa Gomo kerana ancaman ini jelas tidak boleh dipandang ringan apabila Raymond turut dipercayai berbangsa Bajau dari Semporna.

“Kita akui Papa Gomo silap selepas mengoyak foto Shafie Apdal kerana ia tidak sesuai di Sabah, tetapi ancaman bunuh dan bakar lebih kejam dari tindakan yang dilakukan oleh Papa Gomo.”

Wujud juga kenyataan daripada netizen berkata “kalaulah ada pihak yang memijak foto Shafie seperti mana pemimpin DAP lakukan suatu ketika dulu terhadap foto pemimpin DAP yang menyertai UMNO di Perak, kami fikir bukan setakat ancaman bunuh dan bakar, tetapi mungkin dapat ancaman akan di bom dengan menggunakan bom ikan.”

Untuk rekod, sebelum ini tular beberapa keping foto pemimpin DAP memijak foto pemimpin DAP yang menyertai UMNO di Perak dan foto Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS dipijak semasa pehimpunan BERSIH.

Berikut merupakan beberapa komen para netizen berhubung perkara ini yang mana rata-rata mengecam tindakan ahli dan juga penyokong parti Warisan tersebut;