PRK KIMANIS: Keghairahan Warisan Tambah Ahli Baru Di Parlimen Kimanis Jelas Menyinggung...

PRK KIMANIS: Keghairahan Warisan Tambah Ahli Baru Di Parlimen Kimanis Jelas Menyinggung Perasaan ‘BERSATU’

0
SHARE

KIMANIS, SABAH – Ahli-ahli Parti BERSATU amat tersinggung dan geram kerana terdapat ahli-ahli dan rakan seperti mereka (BERSATU) ‘dipancing’ oleh Warisan untuk menyertai parti itu.

Jurucakap BERSATU Kimanis yang enggan namanya disiarkan berkata, tanpa usul periksa Warisan telah ‘memancing’ dan mengambil ahli-ahli parti rakan gabungan mereka (BERSATU).

“Kalau pun hendak mengambil kredit kononnya ramai berminat kepada Warisan, periksalah dahulu ahli-ahli parti rakan gabungan… Janganlah dengan sewenang-wenangnya ‘memancing’ ahli parti orang lain semata-mata mahu popular.”

“Ini perbuatan tidak baik dan boleh mendatangkan perkara yang tidak sihat dalam gabungan,” jelas jurucakap itu.

Katanya, dalam keadaan tergesa-gesa, ramai ahli BERSATU dikumpul dan ‘dipancing’ untuk masuk beramai-ramai ke dalam parti Warisan. Perbuatan ini terbongkar dalam dua majlis kemasukan ahli-ahli baru ke dalam Warisan. Dua acara itu diadakan di Kampung Bandau dan Kampung Lumat, Membakut.

Ia turut dihadiri oleh Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal…

Datuk Seri Shafie Apdal…

Kata jurucakap tersebut lagi, “perbuatan ‘memancing’ ahli-ahli BERSATU untuk menyertai Warisan tidak akan menambah kekuatan Warisan, bahkan ia akan memberi kesan perpecahan dan rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli dan pemimpin BERSATU.”

Sebelum ini pimpinan BERSATU pusat termasuk Tun Mahathir dikatakan kurang senang dengan tindakan Shafie Apdal kerana tidak hadir ke perasmian BERSATU peringkat negeri Sabah walaupun telah dijemput untuk hadir.

Video serangan Shafie ke atas pimpinan BERSATU negeri Sabah sebelum ini juga telah tular di media sosial Facebook sekaligus mengundang kecaman dari rakan-rakan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dengan kenyataan Shafie yang jelas tidak bersikap profesional melayan BERSATU di Sabah.

Video tular yang jelas kelihatan Datuk Seri Shafie Apdal menegaskan bahawa “…Bersatu itu UMNO…”.