PRK KIMANIS: Pastikan Mayatnya (Papa Gomo) Selamat Sampai Dihantar Ke Pangkuan Keluarganya,...

PRK KIMANIS: Pastikan Mayatnya (Papa Gomo) Selamat Sampai Dihantar Ke Pangkuan Keluarganya, Ugutan Bunuh Oleh Ahli Warisan

0
SHARE

KIMANIS, SABAH – Mana yang lebih ganas, tindakan Papa Gomo mengoyak kertas foto Shafie Apdal ataupun ugutan bunuh ke atas Papa Gomo serta Warisan bermatian pertahankan PATI dapatkan PSS dan turunkan bendera BN?.

Ini perbualan yang kerap didengari malahan netizen turut melontarkan pandangan mereka ke laman media sosial Facebook mengenai perkara ini.

Sejak malam tadi tular seorang ahli Parti Warisan memuat naik satu hantaran ke Facebook yang menunjukkan ancaman bunuh ke atas Papa Gomo sekaligus menimbulkan kegelisahan umum tentang keselamatan Papa Gomo yang kini berada di Sabah.

Turut tular adalah video seorang pemimpin Suluk yang pernah mengaku sebagai Sultan Sulu menunjukkan belangnya apabila mengugut mahu mencederakan Papa Gomo berikutan insiden simbolik foto Shafie dikoyakkan oleh Papa Gomo sebelum ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kenyataan berbentuk ancaman bunuh oleh ahli Warisan yang dikenali dengan nama ‘Raymond Well’ adalah “jangan kasi lama pastikan budak ini (Papa Gomo) mayatnya selamat sampai dihantar ke pangkuan keluarganya.”

Manakala di dalam video yang berdurasi dua minit yang turut tular menyebut “sebelum kau minta maaf dengan Shafie saya akan ‘intai’ kau di Airport dan saya akan ‘cari’ kau sekarang.”

Kedua-dua ugutan yang dilakukan oleh ahli Warisan dan penyokong Shafie Apdal tersebut jelas mendapat kecaman dari netizen dan ada di antara netizen turut mempersoalkan ugutan bunuh dan seakan ingin mencederakan Papa Gomo lebih dahsyat daripada perbuatan Papa Gomo sendiri.

“Di Sabah kita jelas mempunyai undang-undang dan sekiranya tindakan Papa Gomo tersebut salah, mereka (penyokong Shafie) boleh saman Papa Gomo dan bukannya mengugut seperti ini.”

“Ugutan oleh kedua-dua individu tersebut secara jelas menunjukkan seolah-olah budaya ganas oleh mereka (ahli Warisan dan penyokong kepada Shafie) yang berbangsa Bajau dan Suluk seolah-olah lebih hebat dari undang-undang di Malaysia.”

“Siapa yang lebih hebat undang-undang atau mereka?.”

“Cara menyelesaikan masalah dengan ugutan sebegini secara jelas menunjukkan tindakan yang telah melanggar undang-undang dan ianya langsung tidak boleh diamalkan di Sabah.”

“Tindakan Papa Gomo tersebut sememangnya kurang sesuai di Sabah, namun jika dibandingkan dengan tindakan ganas mereka termasuk warga Filipina yang bakal diberikan PSS, jelas menunjukkan warga Filipina yang melakukan jenayah di Sabah adalah jauh lebih berat jika dibandingkan dengan tindakan Papa Gomo tersebut.”

“Sudah tentu masih segar dalam ingatan seluruh rakyat Sabah dan umum mengetahui bagaimana warga Filipina telah membunuh dengan kejam anak muda pemandu Grab di Kota Kinabalu.”

Warga PATI Filipina yang membunuh pemandu GRAB di Kota Kinabalu…

“Sebelum ini juga kita telah dikejutkan dengan insiden anak kecil telah diugut bunuh di Telipok yang akhirnya insiden tersebut berakhir dengan kematian apabila pihak Polis telah menembak mati penjenayah warga Filipina tersebut.”

Seorang lelaki dipercayai PATI menggunakan anak kecil untuk diugut bunuh di Telipok…

Kes pelancong mati terkena bom ikan di Semporna, masalah dadah khususnya jenis syabu, penyeludupan rokok haram,
bot kastam ditembak dan banyak lagi insiden-insiden ganas yang jelas amat membimbangkan anak-anak Sabah ketika ini.

Insiden kes dua orang pelancong China mati terkena bom ikan di Semporna…
Insiden kes dua orang pelancong China mati terkena bom ikan di Semporna…

Melihat dengan lebih luas lagi, kesan dan implikasi kehadiran warga asing ini memang diakui mampu mencetuskan suasana tidak selesa dalam kalangan rakyat Sabah.

Jangan pula kerana terlalu anti-Papa Gomo, kita terlupa atau pura-pura tidak melihat kepada keberadaan warga asing di keliling kita.

“Ibarat kuman seberang laut nampak, tetapi gajah depan mata tak nampak.”

Faktor berlakunya jangkitan kesihatan seperti ‘Polio’ juga menjadi isu yang dibimbangi rakyat Sabah dan dikaitkan dengan kehadiran ramai warga asing di negeri ini.

Semua sedia maklum, warga asing terutamanya dari Filipina yang berada di Sabah tidak pernah mendapatkan suntikan imunisasi bagi pencegahan penyakit berjangkit.

Sebelum ini kita juga telah dikejutkan dengan budaya ganas apabila bendera Barisan Nasional (BN) telah diturunkan dengan ganas oleh jentera Warisan yang dikatakan telah didatangkan khas dari penempatan warga Filipina di Kinarut, Sepanggar Sandakan Dan Semporna.

 

 

 

 

 

 

 

 

Justeru secara logiknya mana yang lebih ganas Papa Gomo yang mengoyakkan foto Shafie Apdal ataupun perlakuan ganas kedua individu dan warga Filipina di Sabah?.

Mohon rakyat Sabah fikir-fikrkan…

Abdullah Ahmed Dan Justin Chong,
Rakyat Sabah Yang Prihatin.

Tulisan ini pada asalnya ditulis oleh Abdullah Ahmed & Justin Chong dan tidak ada kena mengena dengan Malaysiakini2…