PRK KIMANIS: Pengundi Kimanis Dirasuah Dengan Wang Ringgit, Anak Muda Minta “Tolong”...

PRK KIMANIS: Pengundi Kimanis Dirasuah Dengan Wang Ringgit, Anak Muda Minta “Tolong” SPRM Segera Bertindak

0
SHARE

KIMANIS, SABAH – Kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis kali ini didakwa dicemari aktiviti ‘membeli undi’ yang dikaitkan dengan parti kerajaan (Warisan).

Malah, netizen di laman media sosial turut berdebat dan berhujah apabila tular sekeping gambar yang dipercayai sebagai cubaan pemimpin kanan parti kerajaan yang didakwa sedang memberi duit kepada pengundi di Gadong, Kimanis.

Mengulas mengenai situasi itu, seorang pengundi di Parlimen Kimanis melahirkan rasa terkejut kerana masih wujud lagi aktiviti ‘membeli undi’ dalam kalangan parti bertanding.

“Aktiviti pancing undi dengan wang ringgit ini memang biasa berlaku, tetapi berlaku sekitar 10 hingga 20 tahun lalu.

“Tidak sangka pula sekarang ini masih ada parti politik menggunakan cara ini untuk meraih kemenangan,” katanya.

Justeru katanya, pihak berwajib terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar lebih bertegas dan memantau aktiviti kotor ini.

Seorang lagi pengundi di Kimanis yang enggan namanya disiarkan melahirkan rasa sedih apabila masih ada rakyat yang sanggup menggadai maruah negeri dengan bersekongkol dengan parti berkenaan.

“Kalau mereka bagi kita ambil sahaja sebab itu adalah duit kita yang dibayar melalui potongan cukai…

“Tapi janganlah kita sampai termakan hasutan mereka sehingga terpaksa memberi undi kepada parti itu…

“Fikir sebaik-baiknya kerana banyak isu yang berlaku ketika ini tidak memihak kepada rakyat,” tegasnya.

Untuk rekod sebelum ini, pemimpin-pemimpin Parti Warisan dikatakan mengamalkan amalan rasuah ‘politik wang’ bagi ‘membeli undi’ perwakilan dan perkara ini telah disahkan sendiri oleh salah seorang calon MT Warisan iaitu Ismaily Bungsu.

Ismaily yang juga merupakan pengerusi Majlis Kebudayaan Sabah telah memuatnaikkan pada status Facebook milik beliau bahawa calon tertentu (Warisan) memberi antara RM100 ke RM150 kepada perwakilan sebagai suapan supaya mengundi mereka.

Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook milik Ismaily Bungsu…
Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook milik Ismaily Bungsu…

Kenyataan Ismaily tersebut telah tular serta mendapat reaksi negatif daripada orang ramai dan meminta SPRM untuk mengambil tindakan yang perlu memandangkan Warisan kini mentadbir negeri Sabah.

Reaksi aktivis anti rasuah pula apabila diminta mengulas mengenai kejadian di PDM Gadong pula menyatakan “kalau memetik tuduhan Ismaily beserta bukti bergambar sebelum ini, agihan rasuah wang kepada pengundi-pengundi di Parlimen Kimanis bukanlah satu perkara yang menghairankan, ini disebabkan mereka jadi pemimpin warisan juga disebabkan telah melakukan rasuah kepada perwakilan untuk mengundi mereka.”

Seorang wanita kelihatan memegang 2 ‘sampul berisi wang’ pada pemilihan Warisan yang lalu… Gambar ini dinaikkan oleh seorang ahli parti itu yang tidak berpuas hati… (Sumber Foto; Facebook)

“Kami juga mendapat maklumat dan sedang mengesahkan perkara ini kononnya ramai kontraktor telah membawa wang berjumlah jutaan ringgit untuk diagihkan kepada pengundi di Membakut, Bongawan dan Kimanis. Perkara ini tidak mustahil berlaku kerana secara logik akal di mana Peter Anthony mendapatkan wang untuk membeli 50 biji motorsikal berserta hadiah berharga yang lain bagi sumbangan cabutan tiket bertuah yang tular baru-baru ini.”

“Kami berharap sangat agar pengundi di Parlimen Kimanis tidak menggadaikan maruah mereka dengan pemberian wang ringgit.”

“Harus diingat Peter adalah Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah di mana semua projek pembangunan di bawah kawalan kementerian beliau.”

“Peter Anthony sebagai contoh, termasuklah Shafie Apdal sebelum ini pernah dikenakan tahanan reman oleh pihak SPRM kerana amalan rasuah membabitkan peruntukan luar bandar bernilai 1.5 billion.”

Sumber Foto; Blog Sensasi Media…

“Justeru, mereka ketika ini memimpin Sabah, apa yang kamu (rakyat Sabah) perlu hairan kalau wujud dakwaan mereka rasuah pengundi untuk mengundi Warisan?” mereka berkata lagi.

Netizen juga turut berharap agar SPR tidak membutakan mata mereka melihat kejadian pelanggaran undang-undang SPR ini.

“Secara jelas agihan makan dan wang telah dilakukan oleh pemimpin Warisan tapi mereka (SPR) menutup mata mereka.”

“Kalau Barisan Nasional hidang makanan ringan, pihak SPR terus tegur sebaliknya Parti Warisan bebas agih makanan termasuk wang ke atas pengundi tanpa ada apa-apa tindakan dari pihak SPR,” mereka berkata lagi.

Netizen turut mengulas isu ini berserta sindiran dan foto “mustahil SPR akan bertindak kalau adik Azis Jamman ketika ini bertugas di SPR.”

Sumber foto dipetik daripada laman media Facebook yang mengatakan individu di dalam gambar ini ialah adik kepada Azis Jamman…