PRK KIMANIS: Pesanan Kepada Shafie Dan Parti Warisan, “Kamu Ada Kuasa Dan...

PRK KIMANIS: Pesanan Kepada Shafie Dan Parti Warisan, “Kamu Ada Kuasa Dan Wang Untuk Beli Pengundi Tapi Kamu Jangan Lupa Kami Ada Allah Bersama Kami!!”

0
SHARE

KIMANIS, SABAH – Sejak beberapa hari yang lalu jelas terpancar di wajah seluruh jentera Barisan Nasional (BN) berada di dalam keadaan cukup keletihan kerana berkempen.

Mengakui kebanyakan jentera tidak dibayar gaji sebaliknya hanya bertugas secara sukarela dan ada di antara mereka yang telah berkampung di Kimanis sejak dua hingga tiga minggu yang lalu.

Jentera BN pada PRK kali ini juga datang dari seluruh Sabah termasuk rakan-rakan Barisan Nasional daripada seluruh Semenanjung Malaysia di mana kebanyakan PDM (Pusat Daerah Mengundi) di bawah Parlimen Kimanis telah dijadikan ‘PDM Angkat’ untuk memudahkan kerja-kerja berkempen bagi jentera BN.

Ada di antara mereka yang mengadu kurang tidur dan rehat lantaran terlalu sibuk berkempen bagi membantu calon Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi di Parlimen Kimanis.

Walaupun sebahagian pemerhati bebas optimis menyatakan Barisan Nasional masih mampu mengekalkan kerusi Kimanis, namun mereka (Barisan Nasional) perlu bekerja keras bagi mempertahankan kerusi tradisi BN tersebut.

Jelas kelihatan jentera BN mendapat serangan bertali-arus oleh Parti Warisan, namun apabila ditanya mengenai berita sebahagian kecil ahli UMNO di beberapa PDM mutakhir ini telah melompat masuk ke Parti Warisan Sabah, mereka (jentera BN) secara spontan menjawab “kami akui mereka ada kelebihan dari segi wang dan kuasa, tapi mereka jangan sesekali lupa kami ada Allah (Tuhan) bersama kami.”

“Mereka (Warisan) jelas mempunyai kelebihan kerana mereka adalah parti kerajaan dan menggunakan hampir kesemua saluran TV serta media untuk berkempen, tapi kami tetap yakin Allah akan melihat perjuangan ikhlas dan penat lelah kami.”

“Mereka cuba melemahkan semangat kami dengan berita ahli UMNO melompat keluar parti, tapi semangat kami sedikit pun tidak pernah luntur dan goyah.”

“Kamu (Warisan) kena ingat dan jangan sombong, kamu jadi kerajaan hari ini juga bukan atas pilihan dari rakyat, sebaliknya ianya berlaku di atas pengkhianatan Madius Tangau (UPKO), ahli UMNO dan bantuan oleh TYT (Tuan Yang Terutama).”

“Kami cukup yakin masih ramai lagi pengundi (Parlimen Kimanis) di luar sana yang mempunyai maruah yang cukup tinggi untuk tidak menggadaikan diri mereka dengan habuan wang ringgit untuk mengundi Parti Warisan.”

“Kami akan pastikan pada 18 Jan 2020 ini ego kamu (pemimpin Warisan) dan slogan ‘Sabah kami (Warisan) Punya’ akan dikuburkan oleh pengundi di Parlimen Kimanis ini, ini janji dan ikrar kami,” demikian menurut beberapa orang jentera BN yang dilihat cukup bersemangat ketika ditemui.

 

 

 

 

Antara video tular slogan “Sabah Kita (Warisan) Punya”…

 

 

 

 

 

Video Tular dipetik dari Facebook dikatakan PATI sebut “Saya Datuk Shafie Apdal Punya Orang”…

PRK Parlimen Kimanis diadakan semula selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, yang ketika itu bertanding atas tiket BN bagi kerusi itu.