PRK KIMANIS: Rakyat Kimanis Dan Sabah Ucap Terima Kasih Kepada Shafie Apdal...

PRK KIMANIS: Rakyat Kimanis Dan Sabah Ucap Terima Kasih Kepada Shafie Apdal Kerana Mengiktiraf Warga Filipina Seramai 136,055 Bakal Dapat PSS Boleh Bersekolah, Bekerja, Berkahwin, Urusan Kesihatan Dan Bank – Muhyiddin Sahkan

0
SHARE
Datuk Mohd Azis Jamman dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jaujan Sambakong turut hadir dalam sidang media bersama Tan Sri Muhyiddin di Kenduri Rakyat RELA di Dewan Masyarakat Papar di sini, semalam...

PAPAR, SABAH – Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Shafie Apdal dan Parti Warisan Sabah kerana akhirnya telah mengiktiraf warga Filipina bagi mendapatkan Pas Sementara Sabah (PSS) dan pemegang dokumen tersebut beserta anak-anak mereka boleh bersekolah, menikmati kemudahan urusan kesihatan, bekerja dan urusan bank sama┬áseperti warganegara Sabah yang lain. Demikian kenyataan yang dipetik daripada orang ramai selepas mendengar keputusan tersebut.

Hari ini, pada 11 Jan 2020 akan tercatat dalam sejarah hitam buat seluruh rakyat Sabah apabila Tan Sri Muhyiddin sendiri telah membuat pengumuman pengiktirafan tersebut dan di sisi beliau dengan bangganya berdiri Azis Jamman dan Jaujan Sambakong bagi menyaksikan pengumuman pengiktirafan tersebut

Semua pemegang Pas Sementara Sabah (PSS) yang bakal dikeluarkan kelak boleh melakukan beberapa urusan menggunakan kad khas tersebut termasuk untuk bersekolah, bekerja, berkahwin dan melakukan urusan di bank.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun pemegang kad tersebut tidak ada apa-apa hak yang khusus seperti yang dinikmati warganegara Malaysia.

Justeru katanya, isu pemberian PSS tersebut tidak wajar dikaitkan dengan isu politik kerana ia semata-mata untuk menjamin aspek keselamatan di negeri ini.

“Kerajaa negeri akan tetap teruskan (pemberian PSS) dan saya bersetuju sangat. Muhyiddin berkata lagi.

“Kita akan laksanakan, tapi ada penambahbaikan yang perlu dilakukan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Kenduri Rakyat RELA di Dewan Masyarakat Papar di sini, semalam.

Hadir sama Timbalannya, Datuk Mohd Azis Jamman dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jaujan Sambakong.

Menurut Muhyiddin, seramai 136, 055 warga asing yang memegang kas IMM13, Sijil Banci dan Kad Burung-Burung akan diberikan PSS.

Dokumen IMM13…

Ujar beliau lagi, pemegang IMM13 yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen ialah seramai 51,646 orang, Sijil Banci yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) seramai 47,518 orang manakala Kad Burung-Burung seramai 36,892 orang.

“Kuasa memperakukan dan meluluskan adalah di bawah pihak berkuasa negeri dan kuasa melulus dan mengeluarkan kad PSS akan dilakukan oleh Jabatan Imigresen Sabah.

“Kad ini mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti biometrik, gambar dan cap jari,” katanya.

Menurutnya, permohonan PSS boleh dikemukakan di sepuluh cawangan imigresen iaitu di Kota Kinabalu, Ranau, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Keningau, Kudat, Sipitang dan Semporna.

“Tempoh masa kad ini ialah selama tiga tahun dan ia boleh diperbaharui di pejabat imigresen.

“Bayaran yang dikenakan pula ialah RM40 bagi tempoh setahun. Kalau tiga tahun maka bayarannya RM120…

“Bagaimanapun, keberadaan pemegang PSS hanya terhad di Sabah dan tidak boleh pergi mana-mana melainkan ada kebenaran oleh Jabatan imigresen,” jelasnya.

Muhyiddin menambah, antara kegunaan kad ini ialah bagi membolehkan pemegang PSS bekerja, perbankan, kesihatan, sekolah swasta dan berkahwin.

Dalam pada itu, semangat pengundi Kimanis yang ditemui jelas berkobar-kobar untuk mempastikan Parti Warisan bakal berkubur di Kimanis pada hari pembuangan undi 18 Jan ini.

“Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kepada Shafie dan Azis Jamman kerana usaha mereka untuk mengiktiraf warga Filipina di Sabah akhirnya berjaya.”

“Kami bersumpah dan akan jadikan Kimanis sebagai simbol sejarah bahawa kami akan kalahkan Warisan sebagai tanda kami dan seluruh rakyat Sabah menolak PSS dan Parti Warisan serta UPKO.”

“Kamu (Warisan) boleh datang dengan membawa seribu ringgit , 500 ringgit untuk cuba membeli kami, tapi kami ingin ingatkan kamu (Warisan) maruah orang di Bongawan,Kimanis dan Membakut bukan murah harganya, kami akan ajar kamu (Parti Warisan) pada 18hb ini, ini janji dan sumpah kami,” menurut mereka lagi dengan penuh semangat.