PRK KIMANIS: Tahniah!!! Selepas 12 Jam Bergelar YB, Datuk MO Turun Padang...

PRK KIMANIS: Tahniah!!! Selepas 12 Jam Bergelar YB, Datuk MO Turun Padang Jumpa Rakyat Kimanis

0
SHARE

MEMBAKUT, SABAH – Watak sebagai wakil rakyat dijelmakan Datuk Mohamad Alamin pada hari pertamanya bergelar Yang Berhormat Ahli Parlimen Kimanis.

Ketika lawannya dari Warisan, Datuk Karim Bujang menghabiskan masa dengan berehat selepas 14 hari berkempen, Datuk Mo pula mengambil peluang untuk bertemu para pengundi di Parlimen Kimanis.

Ternyata, kehadiran Mohamad di tamu pagi Pekan Membakut pada pukul 9 pagi hari ini disambut dengan sorakan dan tepukan daripada penduduk setempat.

Ibarat seorang selebriti, Mohamad turut meluangkan masa bergambar dengan masyarakat pelbagai kaum sebagai tanda terima kasihnya kerana menyokong agenda Barisan Nasional (BN).

“Ini adalah tugasan pertama saya sebaik dipilih sebagai wakil rakyat di Kimanis…

“Saya ingin bertemu mereka (rakyat Kimanis) dan menyampaikan salam terima kasih kerana telah memberi kepercayaan kepada saya sebagai wakil rakyat di sini,” katanya ketika ditemui pengamal media pada sesi bertemu rakyat di Pekan Membakut.

Pada pukul 9.27 malam semalam, Datuk Mo diumumkan sebagai pemenang bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis selepas menewaskan Karim dengan majoriti 2,029 undi.

Ia merupakan kemenangan kelima berturut-turut yang diraih BN dalam PRK seluruh negara sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah Malaysia pada Mei 2018.

Sesuatu yang menarik, kemenangan di PRK Kimanis sedikit pun tidak melalaikan Mohamad untuk selesa bergelar Yang Berhormat (YB), sebaliknya menganggap ia sebagai tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan.

“Ini bukan┬ákali pertama saya bergelar sebagai YB, kerana sebelum ini saya merupakan bekas ADUN Bongawan…

“Tapi kali ini, tanggungjawab saya lebih besar kerana akan membawa suara-suara orang Kimanis di Dewan Rakyat,” tambahnya.

Ditanya mengenai perkara pertama yang ingin dilaksanakan, Mohamad memberi jaminan bahawa semua isu-isu setempat termasuk aspek pembangunan di Kimanis akan menjadi keutamaannya.

“Banyak isu-isu setempat yang telah disuarakan oleh rakyat Kimanis dan ia merupakan tanggungjawab saya…

“Selain itu, saya juga akan lantang berbahas di Dewan Rakyat untuk memastikan Pas Sementara Sabah (PSS) tidak dilaksanakan di negeri ini,” katanya.