PRK Parlimen Cameron Hihglands; Najib Yakin BN Akan Menang

PRK Parlimen Cameron Hihglands; Najib Yakin BN Akan Menang

0
SHARE

PEKAN – Bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak yakin parti itu dapat mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini.

Beliau berkata, jangkaan itu dibuat selepas mengambil kira ‘mood’ semasa rakyat yang kecewa dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang beliau dakwa gagal menunaikan banyak janji semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Ia (gagal menunaikan janji) boleh menjadi faktor utama penolakan oleh pengundi di kawasan terbabit. Kita (BN) ada peluang baik untuk mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands berdasarkan suasana dan mood rakyat ketika ini.

Najib ketika menyampaikan keperluan persekolahan kepada pelajar sekolah rendah pada Majlis Bantuan Khas Sekokah Rendah Menteri Besar Pahang di Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah di sini hari ini…Sumber Foto: Ahmad Zakki Jilan

“Kalau semua jentera BN menggunakan strategi yang betul maka tiada masalah untuk kita kekalkan kerusi (Parlimen Cameron Highlands) itu,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan anjuran Yayasan Pahang dan Pejabat ahli Parlimen Pekan di Sekolah Menengah Agama (SMA) Tengku Ampuan Fatimah dekat sini┬áhari ini.

PRK Parlimen Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Oktober lepas, membatalkan kemenangan calon BN, Datuk C. Sivarraajh pada PRU-14 ekoran berlaku unsur rasuah untuk mendapatkan undi.

– BERNAMA