PRK Sg. Kandis; Pesanan Najib Razak Buat Para Pengundi

PRK Sg. Kandis; Pesanan Najib Razak Buat Para Pengundi

0
SHARE

Hari ini 4 Ogos 2018, ialah hari mengundi untuk PRK Sungai Kandis.

Hari ini juga penanda bahawa hanya tinggal 14 hari sehingga tempoh 100 hari selepas PRU14 di mana PH telah berjanji secara bertulis di dalam manifesto untuk memenuhi 10 janji. Tetapi berapa dari 10 janji ini telah ditepati?

Harga petrol masih tidak diturunkan, tol masih tetap dibayar rakyat, hutang FELDA tidak dihapuskan, RCI untuk 1MDB juga tidak diadakan dan ramai lagi janji dan tuduhan dikelihatan sebagai penipuan dan fitnah sahaja.

Lebih parah untuk rakyat ialah harga barang tidak turun selepas GST disifarkan dan bakal akan naik bulan depan apabila SST diperkenalkan. Malah, rakyat dilihat bakal berdepan dengan satu lagi pusingan inflasi apabila SST diperkenalkan.

PRK ini merupakan peluang untuk rakyat membantah dan menghantar amaran kepada pemerintah bahawa rakyat tidak suka fitnah, rakyat tak mahu ditipu dan segala janji-janji dibuat patut ditepati.

Berilah peluang untuk BN menjadi suara pembangkang yang lebih kuat dan berilah sokongan kepada calon BN Lokman Adam untuk mempertahankan kepentingan rakyat di Sungai Kandis dan Selangor.

Datuk Lokman Noor Adam…

Lokman yang juga berpendidikan tinggi dengan Ijazah Sarjana (Masters) pengurusan dari Universiti Tun Abdul Razak, terbukti sebagai seorang pejuang berani memperjuangkan kebenaran dan tidak akan berhenti dari mempertahankan keadilan, demi rakyat.