PRU14: 8,253 Pusat Pengundian Seluruh Negara Ditutup Tepat Jam 5 Petang

PRU14: 8,253 Pusat Pengundian Seluruh Negara Ditutup Tepat Jam 5 Petang

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sejak 8 pagi tadi berakhir dengan kesemua 8,253 pusat pengundian di seluruh negara ditutup 5 petang ini.

Pada keseluruhannya, cuaca cerah sepanjang pengundian berjalan di kebanyakan pusat mengundi kecuali hujan lebat dilaporkan di Permatang Pauh, Pulau Pinang sebentar tadi.

Antara pemimpin yang mengundi pada sebelah petang ialah calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan calon BN Parlimen Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

– BERNAMA