PRU14: Elak Isu Perkauman Ketika Kempen – Sapawi

PRU14: Elak Isu Perkauman Ketika Kempen – Sapawi

0
SHARE
Salleh (lima dari kiri), Sapawi (enam dari kiri), Yamani (tiga dari kanan), Ahmad Bujang (dua dari kanan) melaung sokongan kepada BN...

SIPITANG, SABAH – Elak mainkan isu bangsa dan kaum semasa berkempen. Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, Datuk Sapawi Ahmad berkata pihak pembangkang tidak harus memainkan isu berkenaan semasa berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-14.

“Jangan mainkan isu perkauman kerana kita semua saling memerlukan…

“BN menjamin kesejahteraan suku bangsa di bandar dan luar bandar agar terus terpelihara bagi menjamin kesinambungan pembangunan Sipitang,” katanya ketika berucap dalam Majlis Titik Sentuh di sini pada Isnin.

Untuk rekod, terdapat 31,882 penduduk layak mengundi di Parlimen Sipitang dan 16,902 pengundi di Sindumin yang terdiri daripada suku kaum Kedayan, Cina, Dusun, Brunei, Lundayeh, Murut, Bisaya dan Lun Bawang.

Turut hadir pada majlis itu ialah ialah  Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak dan isteri, Datuk Raya Erom; calon Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa; calon DUN Lumadan, Matbali Musah; bekas Adun Sindumin, Datuk Ahmad Bujang dan Timbalan Presiden PBS Sabah, Datuk Senator Jamilah Haji Sulaiman.