PRU14; Golongan ‘Mak Nyah’ Ada Hak Turun Mengundi

PRU14; Golongan ‘Mak Nyah’ Ada Hak Turun Mengundi

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Jika anda seorang pondan atau ‘mak nyah’, jangan risau kerana anda sebenarnya masih lagi boleh turun untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan datang.

Memetik kenyataan pada portal berita MyNewsHub.cc, Akademi Pilihan Raya (APR) Suruhanajaya Piliharan Raya (SPR) telah menetapkan golongan kecelaruan identiti ini namun perlu terlebih dahulu mengisi dan menandatangani dokumen khas yang dinamakan sebagai ‘Borang 11’.

Melalui borang berkenaan, para pengundi perlu mengesahkan identiti asal mereka seperti dalam kad pengenalan biarpun penampilan mereka tidak sama seperti tertera di dalam kad pengenalan tersebut.

“Walaupun bakal pengundi berpenampilan seperti wanita dan jantina yang tertera pada kad pengenalan adalah lelaki, pengundi tersebut masih boleh mengundi.

“Ia mungkin menyukarkan kerja kakitangan atau kerani di pusat pengundi untuk mengenali identiti mereka namun golongan ini masih boleh mengundi,” kata Pendaftar APR, Nik Aminudin Nik Shahar seperti dipetik portal The Star.

Menurutnya lagi, sesiapa sahaja yang mempunyai kad pengenalan yang sah dan tersenara sebagai pengundi dalam daftar pemilih diwartakan secara legal boleh mengundi.

“Selagi mana kad pengenalan seseorang itu adalah sah dan namanya terdapat di dalam senarai pengundi, mereka tidak akan dihalau keluat,” kata Nik Aminudin.

Beliau turut menegaskan bahawa kad pengenalan perlu ditunjukkan sebelum seseorang itu dibenarkan mengundi dan kerani pengundian akan mengesahkan identiti pengundi melalui nama dan gambar yang tertera pada kad pengenalan.