PRU14; Hasrat Pakatan Harapan Untuk Menang 50 Kerusi Parlimen

PRU14; Hasrat Pakatan Harapan Untuk Menang 50 Kerusi Parlimen

0
SHARE

JOHOR BHARU – Pakatan Harapan (PH) telah membuat senarai pendek 50 kerusi Parlimen yang mereka harap akan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata kerusi itu termasuklah 15 di Johor seperti Johor Bharu, Pasir Gudang, Tebrau, Sembrong, Tanjung Piai, Labis, Segamat, Sekijang, Pulai dan Sri Gading.

“Beberapa kerusi itu dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) dengan majoriti undi kecil dalam PRU13,” katanya kepada media selepas melancarkan kempen ‘Jom Bina Semula Negara’ di sini hari ini.

Kempen selama dua bulan di 22 lokasi di seluruh negara akan memberi tumpuan kepada isu-isu seperti gaji minimum dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

– Bernama