PRU14: Idris, Mas Ermieyati kekal, Ali Rustam Turut Tersenarai Calon BN Melaka

PRU14: Idris, Mas Ermieyati kekal, Ali Rustam Turut Tersenarai Calon BN Melaka

0
SHARE
Sumber Foto; Berita Harian

MELAKA – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin masing-masing kekal mempertahankan kerusi dimenangi mereka sebelum ini bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei depan.

Kerusi tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan Parlimen Masjid Tanah.

Idris yang juga Ketua Menteri Melaka ketika mengumumkan senarai calon BN Melaka memberitahu, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd. Ali Rustam turut dicalonkan bagi kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya yang dahulunya Bukit Katil.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Abu Bakar Mohamad Diah yang merupakan penyandang Parlimen Tangga Batu pula bakal bertanding di DUN Paya Rumput.

Sementara itu, Pengerusi MCA Melaka, Lim Ban Hong pula akan mempertahankan DUN Klebang.

Nasib berbeza bagi bekas Pengerusi MIC Melaka, Datuk M S Mahadevan yang tidak dicalonkan di DUN Gadek apabila digantikan dengan Setiausaha MIC Melaka, Datuk P. Panirchelvam.

Secara keseluruhannya, calon-calon BN di Melaka itu terdiri daripada pecahan melibatkan 22 calon UMNO, MCA (10), MIC (1) dan Gerakan (1).

Berikut merupakan senarai penuh calon BN bagi Parlimen dan DUN di Melaka:

P.134 MASJID TANAH
Calon : Mas Ermieyati Samsudin

N.01 Kuala Linggi
Calon : Ismail Othman

N.02 Tanjung Bidara
Calon : Md. Rawi Mahmud

N.03 Ayer Limau
Calon : Amirudin Yusof

N.04 Lendu
Calon : Sulaiman Md. Ali

N.05 Taboh Naning
Calon : Latipah Omar

P.135 ALOR GAJAH
Calon : Wong Nai Chee

N.06 Rembia
Calon : Norpipah Abdol

N.07 Gadek
Calon : P. Panirchelvam

N.08 MachapĀ 
Calon : Koh Nai Kwong

N.09 Durian Tunggal
Calon : Ab. Wahab Ab. Latip

N.10 Asahan
Calon : Abdul Ghafar Atan

P.136 TANGGA BATU
Calon : Zali Mat Yasin

N.11 Sungai Udang
Calon : Idris Haron

N.12 Pantai Kundor
Calon : Nor Azman Hassan

N.13 Paya Rumput
Calon : Abu Bakar Mohamad Diah

N.14 Kelebang
Calon : Lim Ban Hong

P.137 HANG TUAH JAYA
Calon : Mohd. Ali Rustam

N.15 Pengkalan Batu
Calon : Chua Lian Chye

N.16 Ayer Keroh
Calon : Chua Kheng Hwa

N.17 Bukit Katil
Calon : Yunus Hitam

N.18 Ayer Molek
Calon : Rahmad Mariman

P.138 KOTA MELAKA
Calon : Choo Wei Sern

N.19 Kesidang
Calon : Ng Choon Koon

N.20 Kota Laksamana
Calon : Melvia Chua Kew Mei

N.21 Duyong
Calon : Lee Kiat Lee

N.22 Bandar Hilir
Calon : Lee Chong Leng

N.23 Telok Mas
Calon : Abdul Razak Abdul Rahman

P.139 JASIN
Calon : Ahmad Hamzah

N.24 Bemban
Calon : Koh Chin Han

N.25 Rim
Calon : Ghazale Muhamad

N.26 Serkam
Calon : Zaidi Attan

N.27 Merlimau
Calon : Roslan Ahmad

N.28 Sungai Rambai
Calon : Hasan Abd. Rahman