PRU14: Lelaki Ditahan Curi Bendera Parti Politik

PRU14: Lelaki Ditahan Curi Bendera Parti Politik

0
SHARE
SEBAHAGIAN daripada bendera parti-parti politik yang ditemui semula...

KUCHING, SARAWAK – Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti merosak dan mencuri pelbagai barang kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di kawasan Parlimen Puncak Borneo dekat Padawan pagi tadi.

Suspek ditahan di sebuah rumah kebun di Kampung Sungai Duuh pada pukul 8.15 pagi susulan laporan yang dibuat oleh orang awam.

Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Seri Amer Awal berkata, penduduk kampung ternampak suspek yang sedang merosakkan beberapa tiang bendera Barisan Nasional (BN), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan PKR yang dipacak di sepanjang jalan menuju ke Kampung Sungai Duuh.

Tidak cukup dengan merosakkan bendera, lelaki itu dijuga bertindak membawa balik kesemua bendera yang ditanggalkannya ke rumah.

“Polis telah menyerbu rumah suspek dan merampas semula tujuh bendera PKR, lima bendera BN dan satu bendera PBB serta peralatan lain…

“Buat masa ini, kita akan menyiasat motif sebenar suspek bertindak demikian,” jelasnya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 427/379 Kanun Keseksaan.