PRU14: Najib Kutuk Serangan “SPAM” Ke Atas Pemimpin BN

PRU14: Najib Kutuk Serangan “SPAM” Ke Atas Pemimpin BN

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak mengutuk sekeras-kerasnya taktik “Panggilan Spam” yg diterima oleh ramai pemimpin BN dari nombor antarabangsa.

Memetik tulisan daripada Twitter Dato’ Seri Najib “telefon yg diserangi “Spam” ini tak dpt berfungsi seperti biasa. Selain itu, banyak laman web BN pun tak boleh diakses. Saya telah arahkan supaya tindakan segera diambil”.

Sebelum ini beberapa pemimpin BN mendakwa telefon bimbit milik mereka telah kerap kali digodam.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Khairy Jamaluddin dan Setiausaha Agung GERAKAN Liang Teck Meng mendakwa telefon mereka digodam.

“Ini bertujuan untuk menghalang kami dari berhubung dengan jentera kami, ini merupakan taktik kotor,” kata Abdul Rahman selepas mendakwa menerima panggilan dari luar negara.

Khairy melalui tulisan Twitter turut berkata, “Telefon saya seperti diserang dengan spam pagi ini, pelik,” katanya melalui Twitter.