PRU14; PAS Tanding 8 kerusi Parlimen, 18 DUN di Sabah

PRU14; PAS Tanding 8 kerusi Parlimen, 18 DUN di Sabah

0
SHARE
Sumber Foto; FMT

KOTA KINABALU, SABAH – PAS akan bertanding lapan kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Ini bermakna PAS menambah enam kerusi Parlimen dan sembilan lagi kerusi DUN yang akan ditandingi parti itu berbanding pada PRU13  lalu iaitu dua Parlimen dan sembilan DUN, selain menampilkan 17 muka baharu.

Pada sidang akhbar bagi mengumumkan calon PAS di sini pada Ahad, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata untuk pertama kali di Sabah, PAS menampilkan seorang calon bukan Islam.

Calon itu iaitu Satail Majungkat, 60, yang beragama Kristian Sidang Injil Borneo,  menjadi anggota PAS sejak lapan tahun lalu dan akan bertanding bagi kerusi DUN Kadamaian.

Abdul Hadi berkata PAS juga meletakkan dua calon wanita pada PRU14 iaitu Norsah Bongsu, 47, muka baharu bagi Parlimen Batu Sapi dan DUN Karamunting, serta Dausieh Queck @ Paraman, 38 bagi  DUN Pitas.

Calon  termuda PAS  berumur 26 tahun iaitu Jumaidin Lakalla, pula bertanding bagi kerusi DUN Kuamut.

Berikut adalah senarai penuh calon PAS negeri Sabah bagi pilihan raya umum ke-14:

PARLIMEN:

1. Ag.Laiman Ikin (KOTA BELUD)

2. Mohd Aminuddin  Aling (TUARAN)

3. Zulzaim Hilmee Abidin (PUTATAN)

4. Norsah Bongsu (BATU SAPI)

5. Ramli Pataruddin (SILAM)

6. Abdul Nasir Ab Ralip (SEMPORNA)

7. Mohamad Husain (TAWAU)

8. Nordin Aloh (KALABAKAN)

DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN):

1. Mustaqim Aling (TEMPASUK)

2. Satail Majungkat ( KADAMAIAN)

3. Adzmin Awang (USUKAN)

4. Aliasgar Omolong (TANJONG KAPOR)

5. Dausieh  Queck@Paraman (PITAS)

6. Aspar Oyer@Akbar(KARAMBUNAI)

7. Hamid Ismail (TANJUNG ARU)

8. Sahar Abdul Majid (SEKONG)

9. Norsah Bongsu (KARAMUNTING)

10. Jumaidin Lakalla (KUAMUT)

11. Kasman Karate (LAHAD DATU)

12. Abdul Nasir Ab Ralip (SULABAYAN)

13. Mahamod Sarahil (BUGAYA)

14. Amboase Ramano (BALUNG)

15. Daud Jalaluddin (APAS)

16. Ahmad Dullah (MEROTAI)

17. Usman Madeaming (TANJONG BATU)

18. Roslan Ramli (SEBATIK)