PRU14: PAS Tidak Sama Sekali Akan Bersama Pakatan Harapan

PRU14: PAS Tidak Sama Sekali Akan Bersama Pakatan Harapan

0
SHARE

PERMATANG PAUH – PAS sama sekali tidak akan bersama Pakatan Harapan di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Memetik laporan MyNewsHub.cc, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipetik berkata bahawa Pakatan Harapan dibarisi golongan-golongan penentang Islam.

“DAP awal-awal menentang pelaksanaan syariat dan menentang Islam.

“Menentang Rang Undang-undang 355 (RUU355), menentang pelaksanaan Islam di Kelantan, di Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Himpunan Jentera PRU14 PAS Pulau Pinang di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh disandang oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

DAP akan bertanding menggunakan logo PKR tahun ini bertujuan mengaburi pengundi Melayu dalam PRU14.

Abdul Hadi berkata, DAP sering mengungkit tentang Perlembagaan Persekutuan untuk menghalang syariat Islam.

Bagaimanapun, katanya, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan perkara itu adalah hak umat Islam.