PRU14: Pembangkang Hanya Nak Kuasa Di Perak – Khairul Shahril

PRU14: Pembangkang Hanya Nak Kuasa Di Perak – Khairul Shahril

0
SHARE

PERAK – Hala tuju kabur dan hanya mengidamkan kuasa pemerintahan semata-mata, itulah niat utama pembangkang, tegas Khairul Shahril Mohamed.

Ketua Pemuda UMNO Perak itu berkata demikian susulan timbulnya krisis perebutan jawatan Menteri Besar Perak di kalangan PH jika mereka menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

“Sebab itu saya minta pengundi di Perak terutama orang Melayu berfikir lebih waras dan lebih jauh lagi tentang gerak kerja pembangkang, hala tuju dan wadah yang mereka bawa dan sebagainya.

“Jelas sekali mereka ini sebenarnya¬† inginkan kuasa dengan apa jadi sekalipun. Sebab itu kita nampak tiada ketelusan dalam perjuangan parti pembangkang,” katanya.

PH Perak tidak pernah mengumumkan siapakah yang layak dinobatkan sebagai Menteri Besar Perak sekiranya menang pada PRU14 kerana difahamkan untuk mengelakkan pergolakan dalaman antara mereka menjelang PRU14.

Ketika ini, DAP, PKR, PAN dan PPBM dalam diam sibuk mencaturkan calon Menteri Besar masing-masing di DUN yang dikatakan selamat untuk dimenangi.

DAP yang dikatakan akan menang di 18 kerusi DUN  telah meletakkan calon Melayu Dr Aziz Bari bertanding di DUN Tebing Tinggi untuk diangkat sebagai Menteri Besar pertama Perak daripada DAP.

Justeru Khairul Shahril menyeru pengundi di Perak terutamanya orang Melayu bersatu dan tidak memperjudikan nasib dan masa hadapan negeri Perak di tangan pembangkang.

“Orang Melayu di Perak patut risau kedudukannya akan terancam dan segala keistimewaan hak orang Melayu akan beransur-ansur diketepikan jika pembangkang yang diterajui DAP berkuasa di Perak.

“Selama ini UMNO dan Barisan Nasional telah membuktikan negeri Perak berjaya diurus dengan baik, rakyat pelbagai kaum dan segenap lapisan umur menikmati pembangunan dan kemajuan negara.

“Siapa lagi kalau tidak BN yang bantu rakyat dari segi aspek pendidikan, peluang kerjaya, kebajikan, keusahawanan dan sebagainya, jadi jadilah pengundi yang bijak dengan mengundi BN pada PRU14 ini,” katanya yang bakal bertanding di DUN Bota pada PRU14 ini.

Khairul Shahril akan ditentang oleh calon PH Azrul Hakkim Azhar dan Dr Najihatussalihah Ahmad mewakil PAS.