PRU14: Raime Ikrar Sokongan, Pastikan BN Menang di Tenom

PRU14: Raime Ikrar Sokongan, Pastikan BN Menang di Tenom

0
SHARE

TENOM, SABAH – Mantan Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi pada Khamis menyatakan secara terbuka sokongan kepada semua calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Tenom dalam PRU14 ini.

Beliau yang juga Presiden Kehormat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tenom menzahirkan sokongan itu pada program Muafakat Peladang di sini, yang dihadiri Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) Datuk Mohd Nazri Abdullah.

Sehubungan itu, Raime komited memberikan sokongan dan membantu calon
BN untuk memastikan kemenangan pada kali ini.

Katanya, perjuangan parti dan kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaannya.

“Yang penting adalah kemenangan BN supaya parti dapat meneruskan agenda pembangunan yang dirancangkan,” katanya.

Dalam pilihan raya kali ini, kerusi Parlimen Tenom ditandingi oleh Ketua UMNO Bahagian Tenom Datuk Rubin Balang.