PRU14: Sultan Selangor Tidak Memihak Mana-Mana Parti

PRU14: Sultan Selangor Tidak Memihak Mana-Mana Parti

0
SHARE
Sumber Foto; watan-online.com

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda dan istana Selangor merupakan pihak berkecuali dengan tidak memihak kepada mana-mana parti politik di negara ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda turut menitahkan bahawa tidak mempunyai kaitan dengan apa juga bentuk persaingan politik serta mencampuri urusan politik sama ada di peringkat negeri atau negara.

“Kedudukan baginda sebagai seorang raja adalah mengatasi politik dan tidak seharusnya dilihat menyokong mana-mana parti politik… 

“Baginda sentiasa percaya dan menghormati kuasa rakyat untuk memilih pemimpin yang dirasakan layak untuk mewakili mereka selaras sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan yang diamalkan di Malaysia ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Mohamad Munir menegaskan baginda menitahkan semua rakyat di negeri ini supaya tidak mencetuskan sebarang tindakan yang mencetuskan perbalahan serta kekacauan ketika musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) pada Mei ini.