PRU14: Tular!!! Kantoi PKR Sebarkan Video Fitnah

PRU14: Tular!!! Kantoi PKR Sebarkan Video Fitnah

0
SHARE

Berhubung dengan satu kes video yang tular pada masa ini menjadi sebaran hangat dikalangan pengguna laman media sosial Facebook dan juga aplikasi WhatsApp.

Video yang berdurasi 1 minit 8 saat yang menggambarkan seorang lelaki berbangsa India telah mendekati sukarelawan BN (perempuan) di SKPD dan mengarahkan sukarelawan itu mengagihkan kertas undi palsu kepada orang ramai. Dalam masa beberapa saat, sekelompok penyokong PKR bertindak kasar terhadap sukarelawan tersebut, dengan menarik tangan dan menggunakan perkataan kasar.

Namun, memetik kenyataan saksi, Subash Chandrabose Arumugam Pillai yang berada di tempat kejadian melalui perkongsian laman media sosial Facebook milik Sham Kamikazey, aktiviti video yang tular kini terbongkar apabila ia juga berlaku di tempat mengundi lain. Lelaki berkenaan adalah orang PKR yang diminta memakai baju BN untuk memperdayakan sukarelawan tersebut, dan dia telah ditangkap ketika melakukan perbuatan ini.

Di sinilah bermulanya FITNAH dalam cerita ini, apabila kumpulan PKR menghantar berita yang mengelirukan di WhatsApp dan laman media sosial Facebook dengan mengatakan perkara ini dilakukan oleh penyokong BN.

Apa gunanya anda bercakap tentang KEADILAN?

Tapi, bagaimana saya tahu semua ini? Kerana saya ada di sana!

Kredit: Subash Chandrabose Arumugam Pillai

Dipetik daripada laman media sosial Facebook milik Sham Kamikazey…