PRU14: Van Jentera Calon BN Bandar Kuching Dipecahkan!!!

PRU14: Van Jentera Calon BN Bandar Kuching Dipecahkan!!!

0
SHARE
Sumber Foto; Utusan Online

KUCHING, SARAWAK – Bahang kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin panas apabila sebuah van yang digunakan jentera Barisan Nasional (BN) Kuching dipercayai telah dipecahkan oleh individu tidak dikenali di kawasan perumahan Tabuan Sabtu lalu.

Kejadian tersebut hanya disedari oleh seorang pembantu kepada calon BN Parlimen Bandar Kuching, Kho Teck Wan selepas kenderaan itu diletakkan di hadapan rumahnya.

Menurut Teck Wan, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan.

“Saya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan tiada apa-apa yang serius berlaku melainkan bahagian cermin belakang van itu dipecahkan…

“Van itu sebenarnya digunakan oleh saya dan ahli lain untuk berkempen di sekitar bandar ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mengakui tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah berpunca daripada perbuatan khianat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kali ini, Teck Wan akan ditentang calon DAP, Kelvin Yii Lee Wuen dalam pertarungan dua penjuru.

Pada PRU13 lalu, kerusi Parlimen Bandar Kuching dimenangi oleh calon DAP, Chong Chieng Jen yang menewaskan wakil BN, Tan Kai dengan majoriti 19,642 undi.