PRK KIMANIS: Puteri Dan Pemuda UMNO Sabah Yakin BN Menang PRK Kimanis,...

PRK KIMANIS: Puteri Dan Pemuda UMNO Sabah Yakin BN Menang PRK Kimanis, Tapi Mahu Majoriti Lebih Tinggi

0
SHARE

BEAUFORT, SABAH – “Kami mahu menang dengan majoriti yang lebih tinggi dan yakin akan capai”, demikian menurut kenyataan Puteri UMNO Sabah selepas dihubungi oleh wartawan Malaysiakini2.

“Walaupun terdapat pandangan yang menunjukkan majoriti orang awam memilih BN untuk menang selesa di Kimanis pada PRK kali ini, tetapi ianya tidak boleh dijadikan sebagai penanda aras kekuatan kita (BN) jika dibandingkan dengan Parti Warisan. Justeru, jentera Puteri UMNO dan Barisan Nasional sepatutnya melipat gandakan usaha kempen secara kemas, tersusun dan sistematik bagi mendekati pengundi khususnya golongan wanita muda.”

“Dalam apa juga pertandingan khususnya pilihan raya ‘Games of Number’ (jumlah angka) sangat penting, oleh sebab itu BN perlu menang dengan majoriti yang lebih besar sekaligus kemenangan ini akan memberikan kelangsungan perjuangan UMNO di Sabah selepas mendapat autonomi sepenuhnya daripada UMNO Pusat.”

“Pimpinan UMNO Pusat datang ke Sabah ketika ini sekadar membantu dari segi sokongan moral, tetapi penyusunan gerak kerja UMNO Sabah yang sendiri aturkan selepas autonomi dilaksanakan.”

Puteri berkata lagi “bilangan 6000 pengundi wanita muda yang akan mengundi pada PRK Kimanis kali ini adalah sasaran Puteri dan yakin mereka yang memilih calon BN selepas kesemua pengundi ini ditemui oleh jentera Puteri, hampir 300 jentera Puteri berada di Kimanis sejak beberapa minggu yang lepas bagi menyelaras gerak kerja kempen BN.”

“Isu PSS, kadar pengangguran, projek jalan Pan Borneo yang ditangguhkan, harga barang makanan meningkat naik dan bantuan kepada pekebun serta nelayan dihentikan sebenarnya yang menghambat pengundi Kimanis, justeru mereka jelas mempunyai alasan kukuh untuk menolak calon Warisan bagi menunjukkan tanda protes mereka,” tambah Puteri lagi.

Dalam pada itu, ketika dihubungi Ketua Pemuda UMNO Sabah Ir. Abdul Aziz Julkarnain pula berkata “saya ingin bertanya bukan sahaja kepada orang Kimanis tetapi juga rakyat Sabah secara amnya, Shafie Apdal telah mengumumkan slogan “Sabah Ubah” pada 09 Mei 2018 semasa PRU ke-14 dan selepas 19 bulan Shafie mentadbir Sabah melalui jalan wakil rakyat BN yang melompat, apa yang Shafie telah ubah untuk Sabah?”

“Rakyat Sabah amat mengharapkan perubahan dari sudut sosio-ekomomi mereka semakin bertambah baik, golongan mahasiswa berharap agar PTPTN dapat dihapuskan termasuk bantuan kewangan dan anak muda mengharapkan pekerjaan, tetapi malangnya semua itu hanya mimpi.”

“Perubahan yang dilakukan oleh Warisan ketika ini hanya sebagai ‘tukang rasmi’ projek kerajaan terdahulu dan mendahulukan kebajikan warga Filipina di Sabah.”

Pemuda cukup yakin BN akan menang di Kimanis, di mana lebih 60 peratus (60%) adalah pengundi dari suku Brunei manakala 38 peratus (38%) pengundi daripada KDM maklum bahawa pendekatan Warisan yang mesra kepada PATI di Sabah tidak digemari oleh mereka

Aziz Julkarnain berkata lagi, “perkara pemberian permit kepada PATI telah dibangkitkan di Dewan Rakyat oleh Warisan dan selepas itu mendokumentasikan pula seramai 600 ribu warga Filipina di Sabah dan ini langsung tidak disenangi oleh majoriti rakyat Sabah.”

“Keadaan ekonomi Sabah pula jatuh merundum sepanjang Shafie mengetuai kerajaan negeri Sabah. Kadar GDP sebagai contoh semasa Tan Sri Musa Aman memimpin Sabah GDP Sabah berada pada 8.2 peratus (8.2%) dan sekaligus menjadi negeri yang tertinggi di Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat, tetapi malangnya selepas Shafie mengambil alih kerajaan negeri Sabah selepas setahun kadar GDP Sabah telah menjunam teruk ke 1.5 peratus (1.5%) dan yang paling terkebelakang jika dibandingkan dengan negeri lain di seluruh Malaysia.”

“Harus diingat angka GDP adalah petunjuk kepada kejatuhan ekonomi negeri Sabah dan apabila ianya berlaku kadar pengangguran juga akan meningkat kerana perkara ini berkait secara langsung.”

Sumber foto dipetik daripada TheEdge.com…

‘Kadar pengangguran di Sabah juga mencatatkan 5.8 peratus (5.8%) dan kadar ini adalah yang tertinggi di seluruh Malaysia, kesan ini berlaku selepas Shafie mengambil alih kerajaan negeri Sabah.”

“Masalah utama yang mendepani rakyat Sabah adalah apabila Shafie memberikan 600 ribu PSS kepada warga Filipina, ini sekaligus akan membolehkan mereka bekerja di semua sektor di Sabah.”

“Kalau pun mereka (PATI penerima PSS) tidak diberikan pekerjaan sudah tentu kadar jenayah akan tinggi dan kalau pun peluang pekerjaan diberikan kepada warga Filipina ini bagaimana dengan nasib orang Sabah sudah tentu akan bersaing dengan mereka.”

“Dari segi pendidikan pula bagaimana keadaan mereka (warga Filipina) sudah tentu kerajaan akan melakukan sesuatu dengan penyediaan peluang pelajaran kepada warga ini yang akhirnya akan menyebabkan rakyat Sabah berkemungkinan jadi pengemis di Sabah satu hari nanti.”

“Justeru rakyat di Kimanis wajar menolak Parti Warisan secara ‘total’ kerana polisi mereka yang mesra kepada PATI wajar diterjemahkan melalui mengalahkan mereka dengan majoriti yang amat besar,” tambah Aziz Julkarnain.