Qatar Umumkan Akan Hulur Bantuan Sementara Kepada Keluarga Miskin Di Gaza

Qatar Umumkan Akan Hulur Bantuan Sementara Kepada Keluarga Miskin Di Gaza

0
SHARE

GAZA, PALESTIN – Qatar mengumumkan akan menghulurkan bantuan sementara kepada 50,000 keluarga miskin Gaza ketika pengantara cuba membantu perjanjian damai antara Hamas dan Israel.

AFP melaporkan bahawa negara Teluk itu akan memberi AS$100 (RM415.15) kepada setiap 50,000 keluarga miskin dalam tempoh beberapa hari lagi, kata kenyataan Jawatankuasa Pembinaan Semula Gaza milik Qatar, lewat kelmarin.

Dalam perkembangan berasingan, Hamas mengumumkan kakitangan awam akan menerima majoriti gaji mereka buat kali pertama selepas beberapa bulan.

Hamas mengawal Gaza sejak menyingkirkan tentera yang setia dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang diiktiraf antarabangsa, dalam peperangan menyamai perang saudara 2007.

Sejak itu, Hamas berperang dengan Israel yang mengenakan sekatan di Gaza.

Sementara itu, Mesir dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) cuba membantu rundingan yang akan menyaksikan Hamas menamatkan protes di sepanjang sempadan Gaza-Israel, sekiranya Israel melonggarkan sekatan.