Rafizi Tegaskan Hidupnya Berniaga Jauh Lebih Gembira Daripada Menjadi Wakil Rakyat

Rafizi Tegaskan Hidupnya Berniaga Jauh Lebih Gembira Daripada Menjadi Wakil Rakyat

0
SHARE

KUALA LUMPUR – “Saya tidak faham orang yang tergila-gila kejar jawatan awam seperti (mahu) menjadi Pak Menteri,” kata calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Memetik kenyataan MyNewsHub.TV, beliau dalam satu hantaran menerusi laman Facebook dipetik berkata bahawa setakat ini hidupnya sebagai orang awam yang berniaga sendiri jauh lebih menggembirakan semasa menjadi wakil rakyat.

Terdahulu, katanya, beliau berasa lega kerana tidak lagi bekerja makan gaji terutama makan gaji dengan rakyat dan lebih selesa menguruskan perniagaan sendiri yang tidak terikat dengan sesiapa.

Beliau dalam pada itu membidas seorang pengikut laman media sosialnya kerana mempertikaikan kenyataan tersebut.

“Bertanding timbalan presiden tanpa jawatan awam itu maknanya sayangkan parti, bukannya mengejar jawatan menteri. Akak ni susah nak faham bahasa mudah,” sindirnya.

Pemilik akaun Facebook Adam Mira mempertikaikan keikhlasan kenyataan Rafizi berkenaan memandangkan beliau akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

“Ye ke, kalau macam tu tak payahlah bertanding kott!!! Jawatan timbalan presiden PKR, berniaga kan lebih baik,” sinis Adam Mira di ruangan komen.