Rais Tegaskan Bahawa Seorang Pemimpin Harus Miliki Dokumen Kelayakan Akademik Yang Sah

Rais Tegaskan Bahawa Seorang Pemimpin Harus Miliki Dokumen Kelayakan Akademik Yang Sah

0
SHARE
Tan Sri Dr Rais Yatim...

GEMAS, NEGERI SEMBILAN – Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Dr Rais Yatim menegaskan bahawa jangan menilai pemimpin berdasarkan kelayakan akademik semata-mata kerana politik bukanlah suatu bidang yang boleh diajar dan ‘disekolahkan’ sepenuhnya.

Mengulas lanjut, Rais menejelaskan bahawa seorang pemimpin perlu mempunyai bukti dokumentasi kukuh dari segi kelayakan akademik yang sah meskipun hanya sekadar mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Bidang politik ini timbul daripada peribadi seseorang itu yang mempunyai kebolehan memimpin, suka membantu serta berinteraksi dengan manusia…

“Untuk masuk politik kita cuma perlu ada asas kelayakan, SPM pun sudah memadai. Tidak semestinya perlu ada ijazah…kalau ada itu sudah cukup bagus tetapi masyarakat kini suka membuat penilaian sendiri.

“Kila lihat sendiri contoh Tun Ghafar Baba…beliau hanya mempunyai kelayakan akademik SPM sahaja tetapi pernah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, jadi tiada isu mengenai penglibatan politik perlu ada kelayakan akademik yang tinggi,” katanya kepada pengamal media selepas program Jelajah Perjuangan Bersatu Bahagian Tampin di Gemas, hari ini.

Kenyataan Rais tersebut bagi mengulas lanjut mengenai isu beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini termasuklah  seorang timbalan menteri yang didakwa menipu latar belakang akademiknya.

Tambahnya meskipun begitu, tindakan menipu sijil kelayakan adalah sesuatu yang tidak seharusnya dibuat oleh mana-mana individu.

Mengenai program hari ini, Rais berkata program jelajah ini bertujuan untuk menerangkan kejituan perjuangan Bersatu yang sering dikritik sekali gus untuk mendapatkan pandangan orang awam.