Rakyat Malaysia Harus Kaji Individu Yang Berkhidmat Untuk Rakyat Atau Diri Mereka...

Rakyat Malaysia Harus Kaji Individu Yang Berkhidmat Untuk Rakyat Atau Diri Mereka Sendiri – Dr Salleh

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya rakyat Malaysia menjalankan kajian yang mendalam ke atas mereka yang menawarkan diri kepada rakyat, sebelum memutuskan sama ada mereka berkhidmat kepada rakyat atau diri mereka, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Memetik kenyataan portal berita Bernama, Salleh berkata pada masa dan zaman ini, maklumat boleh didapati daripada Internet namun rakyat suka membuat penghakiman terhadap setiap perkara yang dilihat mereka.

“Kadang kala rakyat Malaysia terlalu asyik dalam politik sehingga kadang-kadang mereka hanya melihat pokok namun bukan hutannya. Namun ini yang berlaku setiap hari, kita suka memberi perhatian butiran mikroskopik dan gagal mempertimbangkan perkara yang lebih besar.

“Sepatutnya politik sebagai alat untuk mencapai sesuatu matlamat dan ia bukan penamat. Malangnya, sesetengah rakyat Malaysia masih tidak memahami peraturan asas dan dasar ini,” katanya dalam catatan terbaru menerusi blognya sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Salleh menegaskan bahawa ahli politik terlibat dalam politik sebagai satu cara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih makmur dan ini bermakna mereka perlu mengutamakan rakyat daripada politik.

“Bagaimanapun, sesetengah ahli politik, meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan rakyat. Dengan kata lain, mereka berada di dalam politik bukan untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi untuk mendapatkan kuasa. Ambil satu contoh di mana seorang seorang Presiden Amerika yang tertentu mempercepatkan perang di Vietnam kerana dia perlu memenangi pilihan raya presiden dan mengakibatkan 58,220 rakyat Amerika cedera,” katanya.

Salleh, yang juga bendahari UMNO berkata kadang-kadang ahli politik mementingkan diri sendiri dan tamak untuk mendapatkan kuasa.

“Malah kehdupan manusia dikorbankan dalam usaha mereka untuk mengejar kuasa, dan fitnah dan pembohongan dianggap masalah remeh.

Kita perlu berhati-hati dengan ahli politik sedemikian kerana rakyat adalah perkara terakhir dalam fikiran mereka. Mereka menabur janji untuk mendapatkan undi dan sebaik sahaja berkuasa mereka memberi pelbagai alasan tentang kenapa mereka tidak dapat menunaikan janji-janji mereka. Itulah sebabnya rakyat Malaysia perlu matang dan bijak untuk memisahkan di antara fakta dengan fiksyen,”¬†katanya.