Rakyat Malaysia Kecam Video Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Menteri Undang-Undang &...

Rakyat Malaysia Kecam Video Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Menteri Undang-Undang & Siti Kassim Menari

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Dari segi moral dan integriti, mereka tidak sepatutnya berpesta bersama orang awam, lebih-lebih lagi bersama mereka iaitu Ambiga dan Siti Kassim (Peguam) yang sering mencetuskan kontrovesi. Ini sudah tentu akan menimbulkan presepsi negatif dikalangan rakyat.

Beberapa respon atau komen daripada para netizen di laman media sosial Facebook mengundang pelbagai reaksi selepas tular Video yang jelas memperlihatkan seolah-olah wajah Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Menteri Undang-Undang termasuk Siti Kassim menari dalam satu majlis.

Persoalan lain yang turut ditimbulkan oleh Netizen bagaimana mungkin ketiga individu tersebut boleh berpesta dalam masa yang sama kes pembunuhan Adib masih belum diselesaikan hingga kini.

Allahyarham Muhammad Adib…

Juga turut ditanya mampukah Ketua Hakim Negara berlaku adil di dalam membuat keputusan bagi beberapa kes, jika wujudnya seakan-akan majlis keraian bersama Peguam awam dan mungkin juga orang-orang politik hadir bersama.?

Dalam masa yang sama wujud persoalan Ketua Hakim Negara sepatutnya mengecualikan diri daripada berada dalam majlis bersama orang awam yang mempunyai kepentingan tertentu.

Sebelum ini, isu joget bekas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali turut mendapat kritikan keras sehingga wujud desakan agar Tan Sri Apandi meletakkan jawatan oleh Raja Kamarul Bahrin.

Pada masa yang sama, Ketua Biro Antarabangsa AMANAH dan Mohamed Haniff Khatri (Peguam Tun Mahathir) juga telah didesak agar dapat menasihati Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara juga ketika ini untuk meletak jawatan selepas tersebarnya Video menari tersebut.