Rakyat Sabah Akan Terus Bangkit Menentang Shafie Apdal & Jawapan Kepada Aziz...

Rakyat Sabah Akan Terus Bangkit Menentang Shafie Apdal & Jawapan Kepada Aziz Jamman Timbalan Menteri Dalam Negeri

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Rakyat Sabah mempunyai asas untuk khuatir dengan pengumuman pemberian dokumen khas kepada pendatang tanpa izin di Sabah oleh Datuk Seri Shafie Apdal bagi membolehkan mereka bekerja secara sah di Sabah memandangkan sejarah telah membuktikan bahawa PATI di Sabah pernah diberikan kad pengenalan ataupun IC yang sah oleh pemimpin terdahulu yang dikenali sebagai “Projek IC” .

Dalam jawapan lisan oleh Dato’ Aziz Jamman Timbalan Menteri Dalam Negeri kepada soalan Datuk Dr Jeffrey Kitingan dalam sesi sidang Parlimen hari ini berkaitan pemberian dokumen khas kepada PATI adalah jelas satu tindakan kurang bijak oleh Aziz, dimana secara jelas Aziz telah mempertahankan tindakan Shafie Apdal memberikan dokumen khas kepada pendatang tanpa izin tanpa sedikit pun rasa malu kepada undang-undang negara.

Aziz turut mendakwa dengan memberikan dokumen khas kepada PATI tersebut, pendapatan negara akan bertambah dengan cara memungut ‘LEVI’ daripada PATI tersebut…

Dato’ Aziz Jamman…

Bukankah PATI ini secara jelas telah melanggar undang-undang negara Malaysia dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan mengikut Akta Imigresen Seksyen 8 1959/63 di bawah Seksyen 55 E (7).

Bagi membudayakan PATI supaya patuh kepada undang-undang di Malaysia khususnya di negeri Sabah, sepatutnya setiap daripada mereka ini ditangkap dan disenarai hitamkan oleh Imigresen daripada memasuki Sabah pada masa akan datang.

Sekarang ini telah wujud usaha oleh sebilangan besar warga asing menyusup masuk ke Sabah bekemungkinan mereka turut mendapat maklumat setiap PATI akan diberikan dokumen khas di Sabah bagi membolehkan PATI ini bekerja secara sah di Sabah.

Sebagai contoh Esscom kelmarin telah berjaya menahan 40 orang warga asing menyusup masuk ke Sabah dan yakin lebih ramai lagi akan berbuat demkian…

Justeru rakyat Sabah diminta untuk terus berjuang bagi menentang usaha Shafie Apdal dan konco-konconya agar pemberian dokumen kepada kepada PATI ini dapat dibatalkan.

Rakyat Sabah juga diminta untuk bangkit bagi mendesak Shafie untuk membatalkan kesemua “Projek IC” yang diberikan kepada PATI oleh pemimpin terdahulu…

Kecaman juga diberikan kepada Datuk Madius Tangau, Parti UPKO serta pemimpin Kadazan, Dusun, Murut dalam Parti Warisan sekarang kerana mereka dilihat mendiamkan diri dan seakan bersetuju dengan tindakan oleh Shafie.

John Michael
Setiausaha Penaja
Aktivis Anti PATI Sabah

Tulisan di atas adalah pandangan peribadi beliau (John Michael) dan tidak mencerminkan langsung pandangan daripada pihak Malaysia Kini 2.0…