Rakyat Sabah Bantah Shafie Berikan Dokumen Khas Kepada PTI, Himpunan Bantahan Aman...

Rakyat Sabah Bantah Shafie Berikan Dokumen Khas Kepada PTI, Himpunan Bantahan Aman Diadakan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Badan bukan kerajaan ‘SORAK SABAH’ akan mengadakan perhimpunan yang diberi nama “Black Sunday 10” sebagai bantahan kepada Datuk Seri Shafie Apdal yang bercadang memberikan dokumen khas kepada pendatang tanpa izin di Sabah.

Sambil mengajak seluruh rakyat Sabah untuk hadir dengan menggunakan baju bewarna hitam, lokasi perhimpunan akan diadakan di Lintasan Deasoka Kota Kinabalu, bertarikh 15 julai 2018 (Ahad) , jam 10.00 pagi.

‘SORAK SABAH’ menyatakan “keputusan Kerajaan untuk mempertimbangkan memberi Pas/Permit/Dokumen bekerja kepada pendatang haram,¬†‘SORAK SABAH’ berpendapat ianya adalah satu tindakan tidak lojik, kegagalan kerajaan melaksanakan undang-undang imigresen, kecuaian dan sikap sambil lewa tidak berprinsip yang akan memburukkan lagi keadaan PTI Di Sabah”.

‘SORAK SABAH’ turut berkata “jika terdapat maklumat sedemikian ramai pekerja haram yang bekerja secara haram di Sabah, kami percaya kerajaan mempunyai maklumat lengkap keberadaan, maklumat lokasi dan jumlah pekerja haram tersebut.

‘SORAK SABAH’ merasa begitu kesal, kerana kesalahan memasuki, menduduki, tinggal melebihi tempoh tidak diambil tindakan tegas lantas boleh mengundang lebih banyak kerumitan kepada Sabah Di kemudian Hari”…

Justeru itu‘SORAK SABAH’¬†membantah sekeras-kerasnya sebarang keputusan memberikan Pas/Permit/Dokumen yang mengesahkan mereka (Pendatang Tanpa Izin) bekerja tanpa melalui proses pendakwaan yang sepatutnya mengikut undang-undang sedia ada.

Oleh itu kami menyeru anak-anak pejuang Sabah hadir bersama-sama membuat bantahan pada 15 Julai 2018 (Ahad) ini dan pakaian rasmi bagi perhimpunan tersebut adalah baju t-shirt berwarna hitam.

‘SORAK SABAH’ juga akan memohon permit daripada pihak berkuasa dan sebagaimana penyokong Parti Warisan Sabah dibenarkan berhimpun sebelum majlis mengangkat sumpah Shafie Apdal di Istana Negeri Sabah sebelum ini dan berharap tidak sepatutnya perhimpunan ini tidak boleh diadakan memandangkan perhimpunan ini adalah perhimpunan aman dan selari dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

‘SORAK SABAH’ juga turut menyarankan agar semua peserta sentiasa berdisiplin dan mematuhi arahan-arahan pihak berkuasa. Sambil memberikan slogan kita orang Sabah, kita akan pertahankan hak Sabah.

Kita orang Sabah, Kita pertahankan Sabah…

‘SORAK SABAH’ turut mengalu-alukan NGO lain utk hadir bersama menyuarakan isu pilihan mereka dan diketengahkan bersama pada perhimpunan ini.