Rakyat Sabah Berterusan Kecam Shafie Apdal Dan Peter, Arahkan Amarjit Terus Bekerja...

Rakyat Sabah Berterusan Kecam Shafie Apdal Dan Peter, Arahkan Amarjit Terus Bekerja Ingkar Keputusan Mahkamah!

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Apa keistimewaan yang ada pada Amarjit Singh sehingga Shafie Apdal dan Peter Anthony bersungguh-sungguh mempertahankan dan dilihat berkeras mengeluarkan arahan untuk terus bekerja di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) walaupun Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah mengisytiharkan pelantikan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), sebagai tidak sah.

Dipetik daripada portal berita FMT…

Sebelum ini, Datuk Yong Teck Lee dan ahli perniagaan dari Tawau, Pang Thou Chung telah memfailkan dan memohon pengisytiharan mahkamah bahawa pelantikan Amarjit Singh sebagai Pengarah Jabatan Air Sabah oleh Shafie Apdal adalah menyalahi undang-undang dan melanggar Enakmen Bekalan Air Sabah 2003.

Yong Teck Lee bersama, penyokong dan panel peguam beliau meraikan kemenangan diluar mahkamah…

Selain pernah dikenakan tahanan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Datuk Seri Shafie Apdal dan Dato’ Peter Anthony susulan kes rasuah peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar sebanyak 1.5 billion, Amarjit juga adalah Setiausaha Bahagian Parti Warisan Putatan.

Sumber Foto; Blog Sensasi Media…

Selain daripada maklumat ini, pemerhati politik tidak melihat wujud keistimewaan lainnya yang ada pada Amarjit sehingga Shafie sanggup membelakangkan keputusan mahkamah yang mengesahkan pelantikan Amarjit adalah tidak sah.

Beberapa orang rakyat Sabah yang ditemui turut mengulas isu ini yang dilihat tidak berkesudahan berkata bahawa mereka agak hairan apa keistimewaan yang ada pada Amarjit sehingga Shafie Apdal sanggup mempertahankannya sedangkan mahkamah sebelum ini telah membuat keputusan yang amat mudah difahami.

“Masih ramai calon dikalangan jurutera yang berkelayakan dan sedang berkhidmat sebagai jurutera di Jabatan Air Negeri Sabah termasuklah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kesemua mereka berkelayakan untuk mengisi jawatan tersebut. Rakyat Sabah sangat tidak faham kenapa Amarjit tetap dipilih sedangkan beliau tidak pernah menjadi penjawat awam sebelum ini”.

“Mungkinkah mereka sedang mengatur projek untuk diagihkan dikalangan mereka, memandangkan surat tawaran awal kerja melaksanakan projek empangan Papar bernilai 2 billion telah ditandatangani oleh Amarjit sehari selepas keputusan Mahkamah membuat keputusan pelantikan Amarjit tidak sah,” soal mereka lagi.

Surat tawaran awal kerja melaksanakan projek empangan Papar yang telah ditandatangani oleh Amarjit sehari selepas keputusan Mahkamah membuat keputusan pelantikan Amarjit tidak sah…

Dalam pada itu, Ketua Wanita PKR Sabah, Rahimah Majid juga turut mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa tindakan Shafie Apdal mengingkari keputusan mahkamah telah menjejaskan kredibiliti dan integriti kerajaan negeri Sabah

Dipetik daripada portal berita Harian Ekspres…

“Mereka jelas gagal menghormati undang-undang dan memberikan contoh yang tidak baik. Mahkamah telah membuat keputusan dan harus diikuti walaupun anda tidak setuju. Bukan sahaja surat undang-undang perlu dihormati tetapi juga semangat undang-undang.”

Beberapa orang aktivis yang ditemui turut berpandangan bahawa tindakan Shafie Apdal membelakangkan undang-undang di dalam pelantikan Amarjit tidak menghairankan, ini disebabkan isu pelantikan dua Ketua Menteri melalui melalui jalan yang salah turut dipraktikkan sebelum ini oleh Shafie.

“Kami berharap agar rakyat Sabah dapat membuka mata dan menilai siapa Shafie Apdal dan berharap rakyat Sabah akan menumbangkan semua calon Parti Warisan sekiranya berlaku pilihan raya pada masa akan datang”.

Berhubung isu ini, majoriti netizen mula menyuarakan rasa ketidakpuashatian mereka di laman media sosial Facebook;