Rakyat Sabah Kecam Peter Anthony Arahkan Lif Khas Digunakan Untuk Menteri Dan...

Rakyat Sabah Kecam Peter Anthony Arahkan Lif Khas Digunakan Untuk Menteri Dan Pembantu Menteri

0
SHARE
Dato' Peter Anthony...

KOTA KINABALU, SABAH – Selepas sepucuk surat berbentuk arahan penggunaan lif khas oleh Dato’ Peter Anthony Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah untuk kegunaan khusus beliau dan Pembantu Menteri tular di media sosial kelmarin, rakyat Sabah dilihat amat marah dan menzahirkannya melalui laman media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Surat berbentuk arahan oleh Dato’ Peter Anthony tersebut merujuk kepada Lif NO 1, PMA 11 71126 dan telah ditandatangani oleh Dr Ismail S. Charles selaku Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur.

Arahan ini adalah jelas mengenai penggunaan mengenai lif tersebut serta hendaklah dilengkapi dengan permaidani (karpet).

Rakyat Sabah mempersoalkan untuk apa lif khas tersebut digunakan, memandangkan bangunan yang menempatkan Kementerian Pembangunan Infrastuktur bukanlah sibuk seperti Hospital Kerajaan.

Turut dipersoalkan oleh rakyat Sabah adalah, penggunaan permaidani yang jelas adalah satu pembaziran wang cukai rakyat. Manakala pengasingan lif antara Menteri, kakitangan dan orang awam adalah tersasar jauh dengan janji Parti Warisan sebelum ini, iaitu untuk menjadikan negeri Sabah sebagai ‘Kerajaan Rakyat’ sekiranya Parti Warisan Sabah memerintah negeri Sabah.

Pengasingan ini menurut mereka lagi menunjukkan sikap dan wajah sebenar pemimpin Parti Warisan Sabah yang penuh dengan kepura-puraan.

Sebelum ini tidak wujud arahan pengasingan lif walaupun Menteri Pembangunan Infrastruktur ketika itu adalah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan serta status Pairin adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah serta Presiden PBS. Sebaliknya, selepas 9 bulan Peter Anthony dilantik menduduki jawatan menteri tersebut arahan pengasingan telah dilakukan dan perkara ini dimaklumkan turut mendapat bantahan secara diam oleh pegawai serta kakitangan Kementerian Pembangunan Infrastruktur.

Untuk rekod, Peter Anthony sebelum ini telah dikecam dengan teruk oleh pengguna Jalan Raya laluan Telupid Sandakan dan Lahad Datu apabila telah berjanji untuk memperbaiki jalan-jalan berlubang sebelum perayaan tahun baru cina baru-baru ini dan Peter telah terbukti gagal menunaikan janji tersebut. Sehingga ke hari ini jalan yang dimaksudkan oleh Peter masih gagal dibaiki dan menyebabkan banyak kerosakan melibatkan tayar, rim termasuk kemalangan.

Peter juga telah ditahan oleh SPRM sebelum ini berkaitan kehilangan wang deposit pembeliaan tanah agensi RISDA bersama peguam Michael Ubu melibatkan wang berjumlah 15.5 juta ringgit.

Sumber Foto; Blog Sensasi Media…

Netizen juga turut mempersoalkan kelayakan sebenar akademik Peter dan turut menyatakan kononnya kerjaya sebenar Peter sebelum terlibat dengan kontraktor hanyalah penyedia minuman keras (Bartender) di salah sebuah kelab bernama Strawberry.

Walaubagaimanapun pihak wartawan MalaysiaKini2.0 akan cuba menemu bual Peter mengenai kesahan sijil akademik sebenar beliau dan maklumat lainnya sama ada dakwaan orang ramai ini benar ataupun sebaliknya.