Rakyat Sabah Kecam Shafie Apdal Pengumuman Bantuan COVID-19 Pertama Gagal Umum Lagi...

Rakyat Sabah Kecam Shafie Apdal Pengumuman Bantuan COVID-19 Pertama Gagal Umum Lagi Pakej Kedua

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jelas kelihatan emosi dan perasaan marah rakyat Sabah terhadap Shafie Apdal masih tidak berubah walaupun pengumuman bantuan COVID-19 kali kedua kepada rakyat Sabah telah diumumkan pagi tadi.

Shafie Apdal sebelum ini telah mengumumkan pakej bantuan COVID-19 kepada rakyat Sabah sebanyak RM670 dan pakej tambahan kedua bernilai RM240 juta yang diumumkan pagi tadi.

Jumlah keseluruhan pakej bantuan COVID-19 kepada rakyat Sabah kini adalah berjumlah RM910 Juta.

Walau bagaimanapun, pengumuman bantuan COVID-19 kedua yang diumumkan oleh Shafie pagi tadi jelas mengecewakan seluruh rakyat Sabah apabila bantuan ‘One-Off’ kepada rakyat Sabah kali ini tidak ditambah malahan langsung tidak diberikan.

Majoriti rakyat Sabah berpendapat sepatutnya Shafie Apdal memasukkan peruntukan tambahan untuk memberikan bantuan ‘One-Off’ kepada golongan sasar rakyat Sabah yang susah, memandangkan masih ramai lagi pemohon yang layak dan berada dalam keadaan miskin tegar, malahan ada yang telah lulus permohonan tetapi peruntukan dimaklumkan kononnya tidak mencukupi.

Mereka juga menyatakan pengumuman bantuan COVID-19 kedua ini dengan tajuk, “Sabah New Deal” masih tidak memberikan manfaat langsung kepada rakyat Sabah yang terjejas teruk, terutama kepada mereka yang telah dibuang kerja. Sepatutnya Shafie menambah peruntukan ‘One-Off’ kerana bantuan tersebut amat perlu bagi membeli makanan sementara kepada rakyat Sabah yang langsung tidak mempunyai sumber pendapatan ketika ini.

Shafie mungkin berfikir bantuan ‘One-Off’ sudah tidak perlu lagi kerana hampir kesemua sektor pekerjaan telah dibuka semula, namun realitinya masih ramai lagi rakyat Sabah di luar sana yang langsung tidak mempunyai wang untuk membeli makanan kerana telah dibuang kerja semasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari.

Shafie sepatutnya boleh membuka pendaftaran secara atas talian (online) bagi melihat keadaan rakyat Sabah yang terjejas akibat ketiadaan wang untuk membeli makanan dan dalam masa yang sama bantuan kewangan untuk sektor lain juga perlu diteruskan.

Penganalisis politik Bebas pula berkata “di mana pelabur yang dikatakan oleh Shafie akan datang melabur di Sabah berjumlah berbillion ringgit, adakah pengumuman pelabur itu hanya satu bentuk penipuan atau sebaliknya?.

Shafie pada april 2019 mengesahkan pelabur akan melabur sebanyak 20 billion di Sabah namun sehingga kini belum.ada satu pun pelabur berjaya datang ke Sabah…(Sumber foto dipetik daripada Berita Harian Online)
Shafie pada sept 2018 mengesahkan untuk kali pertama pelabur akan melabur sebanyak 2 billion di Sabah dan menawarkan 3 ribu peluang pekerjaan namun sehingga kini belum.ada satu pun pelabur berjaya datang ke Sabah…(Sumber foto dipetik dari portal online tempatan)
Shafie mengeluarkan kenyataan pada 28 Sept 2018, China akan melabur RM2 bilion di Sabah dengan menawarkan 3,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan nanum sehingga kini pelabur tersebut gagal melabur di Sabah ( Foto dipetik dari portal Malaysia Aktif)

“Ini kerana, Sabah amat memerlukan bantuan pelabur asing bagi merancakkan ekonomi Negeri ketika ini…

“Kami masih tidak melihat adanya pengumuman yang menarik yang boleh merancakkan ekonomi Negeri Sabah melalui pengumuman bantuan COVID-19 oleh Shafie tadi, sebaliknya Shafie masih memerlukan penasihat ekonomi untuk menarik pelabur ke Sabah malahan industri sawit masih tidak dimanfaatkan secara langsung oleh Shafie ketika ini.”

Dalam pada itu, rakyat Sabah dalam kenyataan melalui laman sosial Facebook berkata bantuan pakej kedua tersebut hanya bertujuan untuk mengambil hati rakyat yang cukup terluka kerana kegagalan Shafie membantu mereka disaat mereka (rakyat Sabah) amat memerlukan bantuan.

“Kami sesekali tidak akan memaafkan Shafie Apdal”.

Shafie Apdal..

“Kami sebenarnya sangat tidak sabar melihat Shafie Apdal ditukar sebagai Ketua Menteri Sabah, kerana beliau telah gagal sepenuhnya mentadbir Negeri Sabah, cepat atau lambat, sebagai rakyat Sabah kami tidak kisah yang penting kami nekad kalau berlaku pilihan raya kami akan tetap akan tolak Shafie, Parti Warisan, UPKO, PKR dan DAP di Sabah, ini adalah JANJI kami.”

“Shafie ni ada hati lagi mahu jadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia sedangkan pegang jawatan Ketua Menteri Sabah pun GAGAL,” demikian adalah sebahagian kenyataan dengan nada marah oleh rakyat Sabah ketika diminta mengulas pengumuman bantuan COVID-19 kali kedua yang diumumkan oleh Shafie pagi tadi, hari ini.

Shafie yang turut digelar sebagai “BAPA PENGUMUMAN SABAH” dan “BAPA PROJEK UNTUK KRONI” oleh netizen sebelum ini juga telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Sabah, kerana gagal membantu rakyat Sabah yang terjejas akibat COVID-19.

Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook…
Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook…

Sesetengah rakyat Sabah pula berkata tindakan Shafie mengumumkan bantuan kali kedua tersebut kerana khuatir lebih ramai ADUN Warisan akan keluar parti selepas dua (2) ADUN UPKO mengumumkan keluar dari Parti UPKO baru-baru ini.

YB Datuk Limus Jury (ADUN Kuala Penyu) dan YB Datuk James Ratib (ADUN Sugut) mengisytiharkan keluar Parti UPKO dan menyokong Perikatan Nasional (PN)…

Shafie baru-baru ini telah dikecam dengan teruk malahan turut digelar sebagai ‘Ketua Menteri Penipu’ apabila telah berjanji akan menghantar bantuan makanan terus di hadapan rumah rakyat Sabah yang terjejas semasa PKP dikuatkuasakan, namun rakyat Sabah menafikan adanya bantuan seperti yang dijanjikan oleh Shafie.

Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook…
Shafie memberikan jaminan rakyat tidak perlu keluar rumah, sebaliknya barang akan dihantar terus ke hadapan pintu rumah walaubagaimanapun perkara ini dinafikan oleh sebilangan besar rakyat Sabah…(Foto kenyataan Shafie dipetik di portal media tempatan)

Sesetengah rakyat Sabah turut mengakui sememangnya bantuan makanan telah dihantar ke kampung-kampung tetapi cukup terhad, malahan yang lebih mengecewakan bantuan pula dibuat secara berpilih-pilih.

Wujud juga aduan bantuan kewangan RM300 walaupun telah lulus, namun setelah diperiksa berulang kali di mesin ATM, wang tidak ada dalam akaun mereka.

Rakyat Sabah yang berada di semenanjung Malaysia turut mengecam Shafie kerana sehingga kini wang berjumlah RM300 yang dijanjikan belum disalurkan kepada mereka, sebaliknya sistem permohonan hanya meminta rakyat Sabah untuk bersabar.

Sumber Foto dipetik daripada laman media sosial Facebook…

Berikut merupakan sebahagian komen netizen di laman media sosial media Facebook yang marah berhubung isu ini;