Rakyat Sabah Kecam Tindakan Shafie Hadiri Majlis Sembahyang dan Doa Agama Lain?

Rakyat Sabah Kecam Tindakan Shafie Hadiri Majlis Sembahyang dan Doa Agama Lain?

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Video yang tular beberapa hari yang lalu menunjukkan Datuk Seri Shafie Apdal hadir dikerusi utama dalam upacara sembahyang dan doa bagi agama Kristian di Sabah dikecam oleh sebilangan besar rakyat Sabah.

Jonathan Pius dari Inanam menyatakan betapa terdesaknya Shafie yang memungkinkan beliau ingin menarik simpati kaum kadazan, dusun dan murut serta penganut kristian lainnya bagi menutup kenyataan Shafie sebelum ini yang ingin memberikan pas/dokumen/permit khas kepada PTI di Sabah.

Jonathan turut memberikan amaran rakyat tempatan Sabah tidak akan termakan cara politik halus Shafie dan akan tetap konsisten untuk menentang pemberian pas/dokumen/permit khas tersebut.

Peter Chong dari Inanam juga turut berkongsi tindakan Shafie tersebut dilihat berkemungkinan ingin menarik sokongan penganut agama kristian atas agenda politik beliau sendiri dan menyatakan Shafie sepatutnya menggerakkan usaha menangkap PTI yang begitu ramai di Semporna, Tawau, Sandakan serta Kota Kinabalu serta berusaha meminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) melihat semula projek IC di Sabah yang diluluskan oleh pemimpin terdahulu.

Ahmad Awang yang berasal dari Kampung Likas pula menyatakan tindakan Shafie hadir majlis tersebut sangat tidak boleh diterima.

Selamat Shadan dari Sepanggar juga turut berkongsi pandangan meskipun Sabah terkenal dengan kehidupan majmuk tetapi, tindakan Shafie memegang buku doa dan duduk dalam upacara sembahyang dan doa agama lain sebaiknya boleh dielakkan.

Shafie sepatutnya boleh duduk dikerusi lain dan bukannya dihadapan ‘Father’ yang mengetuai upacara sembahyang tersebut.

Tindakan Shafie jelas boleh menimbulkan fitnah…