Rakyat Sabah Mahu Harga Barangan Turun – Mojigoh

Rakyat Sabah Mahu Harga Barangan Turun – Mojigoh

0
SHARE

PUTATAN, SABAH – Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr Marcus Mojigoh berkata bahawa di tengah-tengah percanggahan pandangan tentang Dasar Kabotaj, apa yang orang biasa mahu ialah melihat harga barangan turun.

“Kita sudah melihat selama ini bagaimana harga barangan terus meningkat. Adakah ia akan turun atau sekurang-kurangnya sama dengan harga di Semenanjung? Inilah apa yang rakyat mahu,” katanya selepas satu pertemuan dengan penduduk kampung di Kg Meruntum pada Ahad yang lepas.

Beliau diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri baru-baru ini berkenaan pengecualian Dasar Kabotaj untuk Sabah, Sarawak dan Labuan bermula bulan depan (Jun).

Memetik sumber di Harian Ekspres, beliau berkata terdapat beberapa faktor penyumbang lain yang perlu dilihat walaupun rakyat Sabah tidak sabar untuk melihat bagaimana dasar itu akan memberi kesan kepada harga barangan di negeri Sabah.

“Saya menyatakan dalam beberapa perbahasan parlimen saya sebelum ini bahawa Dasar Kabotaj itu bukanlah satu-satunya sebab mengapa harga barangan lebih tinggi di Sabah. Terdapat juga caj pengendalian pelabuhan yang tinggi, yang saya tegaskan kerajaan negeri perlu kaji semula,” katanya.

Selain itu, tegasnya, kos pengangkutan juga menyumbang kepada harga tinggi yang pengguna akhir perlu bayar.

“Kita perlu melihat semua ini dan lihat bagaimana kita boleh menurunkan harga barangan kerana akhirnya, inilah apa yang rakyat harap kita lakukan,” tambahnya.

Mojigoh yang lantang dalam menentang Dasar Kabotaj di Parlimen, bagaimanapun masih mengkritik beberapa syarikat yang tamak dan yang sentiasa mahu mengaut keuntungan besar tanpa mengambil kira pengguna, terutamanya orang miskin.

Beliau turut menentang sebarang bentuk perniagaan monopoli yang akan menyebabkan penderitaan kepada orang ramai.

“Berkenaan Dasar Kabotaj, saya sentiasa bersuara menentang monopoli oleh sejumlah kecil syarikat perkapalan. Ini perlu dihentikan,” tegas Mojigoh yang dalam kenyataan terdahhulu yang menuduh dasar itu sebagai ‘kartel yang dilindungi oleh kerajaan persekutuan’.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan rakyat bahawa pengumuman Perdana Menteri itu tidak sama dengan pemansuhan dasar itu kerana “ia tidak terjejas atas alasan mudah, tidak ada pemansuhan terhadap undang-undang itu.”

Tetapi pengumuman itu sudah pun menyebabkan syarikat perkapalan tempatan telah memindahkan operasi mereka keluar dari negeri, seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Perkapalan Malaysia, Ooi Lean Hin berkata beberapa daripada enam syarikat perkapalan tempatan sedang mempertimbangkan untuk berpindah ke Singapura dalam berdepan persaingan sukar.

Juga, sebuah persatuan perkapalan Malaysia timur telah memberi amaran bahawa apa-apa tindakan oleh kerajaan untuk memansuhkan Dasar Kabotaj akan membawa akibat buruk kepada industri perkapalan tempatan.