Relax La, Kami Tahu Azis Jamman Masih Stress Sebab Hilang Jawatan Timbalan...

Relax La, Kami Tahu Azis Jamman Masih Stress Sebab Hilang Jawatan Timbalan Menteri KDN, UMNO Tidak Akan Beli YB Parti Warisan Untuk Tadbir Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kami tahu memang perit rasanya kehilangan jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia (KDN) secara tiba-tiba yang disandang oleh Azis Jamman sebelum sempat menerima pencen.

Umum mengetahui kalau Azis berada di Kota Kinabalu ‘rider’ (pengiring) Polis akan sentiasa mengiringi Azis, sehingga sekatan jalan raya terpaksa dibuat bagi memberi laluan kepada beliau walaupun jawatan hanya sekadar Timbalan Menteri.

Keegoan Azis ini menurut orang ramai mengalahkan Yang Dipertua Negeri serta Ketua Menteri Sabah dan sekarang apabila sudah tidak ada jawatan, beliau terpaksa meredah jalan raya yang kadang kala sesak, sebab itu kami faham mutakhir ini Azis seringkali keliru dan tersilap dalam mengeluarkan kenyataan.

“Kami nasihatkan relax (bertenang) la Azis dan banyakkan beristighfar kerana umat Islam ketika ini masih berpuasa di dalam bulan ramadhan.”

“Kami juga cukup yakin pimpinan UMNO tidak akan membeli dan mencontohi apa yang Shafie dan Juhar pernah lakukan (memujuk) wakil rakyat BN untuk ‘melompat parti’ pada malam Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri di Istana Negeri Sabah pada 10 Mei 2018 yang lalu sehingga terbentuknya kerajaan ‘pintu belakang’ parti Warisan di Sabah walaupun Azis mungkin telah lupa peristiwa ini,” demikian kenyataan balas secara sinis yang dikeluarkan oleh beberapa orang aktivis dan pemimpin UMNO bagi mengulas kenyataan Dato’ Azis Jamman Ahli Parlimen Sepanggar yang menyatakan ‘UMNO jangan bermimpi bentuk kerajaan Sabah melalui jalan pintu belakang dengan cara membeli wakil rakyat Parti Warisan Sabah’.

Tan Sri Musa Hj. Aman telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah pada 10 Mei 2018 pada jam 11.05 malam di hadapan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin…

Azis di dalam satu kenyataan kelmarin turut menyatakan cubaan yang baik untuk bermain isu, “kami sebenarnya tahu mereka (UMNO) cuba memujuk ADUN kami untuk buat seperti di Kedah serta Langkah Sheraton.”

Sumber Foto yang dipetik daripada portal berita tempatan berhubung kenyataan Azis Jamman yang mengatakan UMNO Janagn Mimpi Bentuk Kerajaan Pintu Belakang Di Sabah…

Pertamanya sebagai reaksi balas kepada kenyataan Azis, kami ingin menyatakan bahawa UMNO tidak mempunyai wang sama seperti pemimpin tertinggi Parti Warisan kerana status UMNO sebagai Pembangkang di Sabah.

“Tidak seperti pemimpin tertinggi Warisan yang sememangnya dikenali mempunyai banyak wang (menurut sumber dalaman) hasil daripada komisen kontraktor yang diberikan projek tanpa ‘Tender’ oleh mereka.”

Senarai kontraktor kroni Shafie dan Peter Anthony yang diberikan projek bernilai ratusan juta ringgit oleh Shafie Apdal tanpa tender menurut sumber tular di media sosial Facebook dan WhatsApp…

Surat tawaran kerja tanpa ‘Tender’ untuk syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd…
SSM – AK Kontraktor Sdn Bhd…
SSM – AK Kontraktor Sdn Bhd…

“Justeru tuduhan Azis kononnya UMNO mempunyai niat untuk membeli wakil rakyat Parti Warisan adalah jelas satu FITNAH kotor dan sengaja mahu mengalihkan isu kegagalan Parti Warisan mentadbir negeri Sabah.”

Kami juga ingin meningatkan kembali kerana mungkin Azis terlupa, “sebenarnya Kerajaan Warisan di Sabah adalah pelopor kepada kerajaan ‘pintu belakang’ yang sebenar di Malaysia selepas PRU ke-14.”

Mengimbau kembali keputusan rasmi agihan kerusi selepas PRU ke 14 yang lalu, Parti Barisan Nasional (BN) telah memenangi sebanyak 29 kerusi yang kemudiannya 31 kerusi selepas dua Wakil Rakyat daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang dipimpin oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan bergabung dengan Musa untuk membentuk kerajaan campuran.

Foto Tan Sri Musa Aman bersama Datuk Dr. Jeffrey Kitingan bergabung dengan Musa untuk membentuk kerajaan campuran..
Foto Ewon Benedick dan Abidin Madingkir semasa menyatakan persetujuan mereka memilih Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah…

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), parti Warisan pimpinan Mohd Shafie pula hanya memenangi 21 kerusi manakala DAP dan PKR masing-masing memenangi enam (6) dan dua (2) kerusi. Jumlah keseluruhan kerusi di Sabah adalah 60 kerusi.

Keputusan PRU-14 (Sabah)…

Parti Warisan berjaya mentadbir Sabah selepas enama (6) wakil rakyat melompat parti selepas dipujuk oleh Juhar dan Shafie.

Shafie dalam satu sidang media bersama beberapa wakil rakyat BN yang telah ‘melompat parti’ selepas dipujuk oleh Shafie dan Juhar, ini membolehkan Warisan membentuk Kerajaan ‘pintu belakang’ di Sabah…

“Justeru sekiranya ada wakil rakyat parti Warisan yang ingin keluar dari Parti Warisan dan menyokong Perikatan Nasional (PN) ini lebih kembali kepada fitrah asal kerana sebelum ini BN sememangnya adalah Parti yang diberikan mandat untuk mentadbir negeri Sabah,” demikian menurut mereka lagi.

Dalam pada itu Pengarah Komunikasi UMNO Sabah Ghazalie Ansing membalas kenyataan Azis berkata, Ketua Wira Warisan (Azis) ibarat meludah ke langit. Ini adalah kerana Kerajaan Warisan yang terbentuk pada hari ini adalah hasil daripada kerajaan ‘pintu belakang’, yang mana semua rakyat Malaysia mengetahuinya di mana mereka telah membeli ADUN Barisan Nasional (BN) untuk menyertai mereka. BN pada pilihanraya yang lepas merupakan kerajaan yang sah yang telah membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Pengarah Komunikasi UMNO Sabah, Ghazalie Ansing…

“Mari kita lihat sepanjang dua tahun warisan memerintah Sabah, apa pembangunan yang telah di lakukan dan kenapa rakyat makin bertambah susah, malah peniaga semakin mengeluh, adakah ini satu petanda baik utk sabah dan rakyatnya.”

“Saya nasihatkan saudara Azis dan Ismail (Timbalan Ketua Wira) lihat di cermin dahulu sebelum membuat kenyataan, jangan cuba kencing kelangit akhirnya terkena muka sendiri. Cukuplah kamu kencing rakyat, rakyat sabah tidak akan membenarkan mereka ditipu dan di kencing untuk kali kedua. “Enough is enough”.