Remaja Wanita Ditipu, Beli Iphone11 Dapat Daun Terup

Remaja Wanita Ditipu, Beli Iphone11 Dapat Daun Terup

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

PALEMBANG, INDONESIA – Seorang remaja wanita menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian (online) apabila dia mendapat kad daun terup hasil daripada pesanan pembelian telefon bimbit jenis Iphone 11.

Iga Pramadhanti, 26, menjadi mangsa sindiket selepas dia membuat pesanan pembelian iPhone 11 tersebut dengan harga 1.05 juta rupiah (RM317) secara atas talian (online).

Menurut Iga, dia yang tertarik selepas melihat iklan di salah sebuah aplikasi beli-belah dalam talian yang menawarkan harga lebih murah berbanding pasaran mula membuat pesanan dengan kadar segera bagi membeli telefon bimbit itu.

“Harga telefon bimbit itu 6 juta rupiah (RM1,812.7) tetapi saya dan penjual bersetuju untuk membayar 1.05 juta rupiah.

“Bakinya, akan dibayar selepas menerima barang. Lelaki itu ada menghubungi saya meminta baki terlebih dulu dijelaskan namun saya menolak,” katanya yang telah membuat laporan di Balai Polis Palembang.

Katanya, suspek bersetuju mengirimkan pesanan itu terlebih dahulu, namun memeranjatkan barangan diterima tidak sama seperti dipesan.

“Bukan iPhone 11 tetapi kad daun terup yang ada dalam bungkusan kotak itu…

“Saya cuba menghubungi nombor WhatsApp penjual, tetapi nombor saya disekat,”¬†tambahnya lagi.